Tuesday, August 31, 2010

Merdeka !!!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Tahun ini dan tahun lepas kita menyambut kemerdekaan di bulan ramadhan secara sederhana.

Bagaimanapun kemerdekaan sebenar ialah seperti maksud surah yaasin seperti berikut
[60]“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

Begitu mukaddimah kuliah subuh Ustaz Nursalam di surau al-madani pagi ini. Kita akan jadi merdeka jika kita tidak menyembah selain Allah. Kita jadi hamba Allah yang sebenar, bukan hamba kepada harta, pangkat, manusia, nafsu dan seumpamanya. Inilah yang dikatakan merdeka hakiki.

4 comments:

NIZAM(REALX) said...

Salam Doc...
Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Raya AidulFitri...Maaf Zahir Dan Batin
dari saya sekeluarga"NIZAM N FAMILY"

p/s - lepas raya ni bolehlah kita kayuh balik ramai2..insyaallah

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Terima kasih. Saya pun sama ingin mengucapkan selamat hari raya maaf, zahir dan bathin. InsyaAllha lepas raya kita kayuh lagi dan lagi.

Mat_Yoe said...

Salam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd Tuan sekeluarga dari saya Fakhrul di Kg Jeram.
Hari jumaat 17/9 ni kalau Tuan masih di kampung dipersilakan ke trail kami di mahligai,bachok untuk sesi kayuhan pertama selepas raya bersama geng2 MET. Tempat pertemuan di Klinik Kesihatan Mahligai,8.00am.
http://mahligaimtb.blogspot.com/

abuomar said...

waalaikum mussalam,
Terima kasih atas jemputan. sy balik p. puteh sekejap saja. kelik raya pertama kemudian kembali ke KL hari rabu. anak ke 4 kena trial SPM. kenalah balik cepat. insyaAllah lain kali. Selamat hari raya, maaf zahir batin.