Monday, August 9, 2010

LIMBC2010

Alhamdulillah aku selamat menyertai Langkawi International Mountain Bike Challange (LIMBC) 2010 yang telah diadakan pada 26 dan 27 Syaaban 1431 di Kg Tok Senik dan Pelabuhan Telaga. Aku, isteri dan anak (Omar) telah mula tiba di Langkawi pada petang Jumaat dan menginap di hotel Bella Vista untuk 2 malam dengan bayaran RM250. Hari jumaat aku kena daftar masuk perlumbaan di Kg Tok Senik. Dari hotel aku berkayuh ke Kg Tok Senik sejauh 7km untuk pendaftaran (RM25 -pendaftar awal), dapat sehelai baju-T. Pendahuluan RM50 dikenakan untuk cip pengesan yang dipulangkan semula selepas perlumbaan. Petang jumaat aku sempat mencuba jejak laluan perlumbaan. Ianya agak teknikal dan sesuai untuk orang muda. Orang tua macam aku ni dan tak larat mendaki curam yang tegak dan agak teragak-agak untuk menuruni curam. Jadi kebanyakannya aku tolak basikal -mendaki dan menurun. Burung helang jinak boleh dilihat dengan mudah di Pulau Lengkawi. Khabarnya nama langkawi mengambil sempena helang. Semuga helang tidak pupus di Langkawi.
Bergambar sama isteri sebelum perlumbaan.
Pulau Langkawi yang cantik. Tentu menarik jika boleh buat kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi. Pelabuhan Telaga

Peta laluan acara rentas kebun (XC). Masa terbaik aku hanya dapat buat 1 jam 30 min bagi 3 pusingan (11.5km). Itupun pada pertengahan pusingan ke 3 telah dihalau keluar, kerana acara wanita terbuka akan dimulakan.
Peta laluan bagi acara hari ke 2 iaitu acara ketahanan/kecekalan (endurance race). Dalam acara ini peserta dikehendaki membuat kayuhan selama 6 jam. Aku agak sedih kerana tak dapat membuat kayuhan tahan lasak ini. Hanya sempat buat 2 jam 15 min untuk 4 pusingan (27km), kerana perlu balik awal untuk mendapatkan feri sebelum jam 7 ptg. Jika aku teruskan kayuhan sehingga jam 5 ptg tentunya tidak sempat untuk pulang. Tempat kayuhan cukup menarik - gabungan bukit dan pantai. Komen negatif aku bagi penganjuran kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini ialah program berubah-ubah dari jadual asal. Untuk acara ketahanan ini jadual asal ialah jam 9 pagi tetapi diubah kepada jam 11 pagi. Yang kesihan ialah bagi acara wanita terbuka, yang didahulukan 2 jam lebih awal dari masa sebenar. Selain itu maklumat terkini tidak dikemaskini di laman sesawang menyebabkan kita kepenatan mencari jawapan. Ini bermula sejak hari pendaftaran. Aku terpaksa berkayuh ulang alik 2 kali untuk ke tempat pendaftaran. Waktu rehat 12-3 cukup lama bagi acara bertaraf antarabangsa. Wanita dan musafir tidak diwajibkan sembahyang jumaat.

Komen positif ialah tempat perlumbaan di Pulau Langkawi cukup menarik, bayaran yang murah dan penggunaan cip mengesan pelumba. Segala kelemahan boleh diperbaiki.

Seronoknya ada juga. Isteri dapat beli pinggan mangkuk. Omar dapat ambil gambar-gambar menarik. Aku sendiri selain dapat mencuba jejak basikal di Langkawi juga dapat makan makanan tempatan, nasi campur Langkawi dengan ulam-ulam segar, sedap dan wangi penuh aroma yang tidak aku jumpai di Bangi. Harga makanan di restoran Melayu cukup berpatutan. Makan tengahari dengan kos sekitar RM5 sahaja seorang. Jadi kalau ke Langkawi makanlah di kedai makan orang tempatan (tidak termasuk makanan ala Thai). Kualiti makanan terjamin -tanpa pengawit, pewarna tiruan dan betul-betul asli ciptaan Allah yang tidak banyak diubah.

Berita sedih - kita ucapkan takziah kepada keluarga rakan kayuh yang meninggal dunia semasa berkayuh untuk ke tempat pendaftaran. Semuga Allah mengampuni dan merahmati arwah. Allahumma firlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu.

Gambar ehsan OMP production.

Keputusan bagi kategori aku yang dipetik dari LIMBC.
Endurance Masters
Comminique: 12
Date: 08/08/10
Time: 1900 HOURS
No. Of Starters: 684
RK Plate No Name Country/Team Time Lap
1 831 Farizul Zulkifli Kuala Lumpur 8
2 837 Zulhilmi bin Kamaruddin Kedah 8
3 846 Andrew Bell Singapore 6
4 809 Ong Seng Aun Kedah 6
5 915 Jakri B Jamaludin Perlis 6
6 850 David Spence Kuala Lumpur 5
7 914 Zaidi Fadzin bin Hamid 5
8 877 Frank Viermann Penang 4
9 855 Khairil Anuar B. Ab Samad Kuala Lumpur 4
10 918 Ismail bin Zahari 4
11 885 Mohamad Pauzi Ismail Selangor 4
12 828 Idarus B Fadzil Kedah 3
13 826 Hing Kim Soon Penang 3

8 comments:

Mat_Yoe said...

Tuan,
tahniah atas penyertaan dan berjaya tamat kayuhan acara di Langkawi.Juga untuk pencapaian di triathlon. Alhamdulillah,aktiviti berbasikal semakin ramai pengikutnya dan semakin banyak aktiviti dijalankan Pasir Puteh

abuomar said...

Salam,
Terima kasih atas komen. InsyaAllah raya nanti saya balik Kg Saring, Pasir Putih.

Anonymous said...

salam...lama x kayuh gunung dgn seafu ni,hehhe anyway slamat berpose doc...ada trail baru nak join skali..

Anonymous said...

waalaikum mussalam,
Selamat berpuasa ramadhan. Puasa pertama saya di kampung, melawat ayah yang kurang sehat. Bulan posa ni nampaknya kena rehat atau buat kayuhan ringan saja. InsyaAllah lepas raya kita kayuh sama. Trail baru? Mungkin kat pahang, perak? +pauzi+

ajo said...

Tuan, Rakan kayuh kite yg 'pergi' tu bernama Aznul senang di kenali Bro Blucold di Jomkayuh dot com, serta salah sorang pengasas ROP (Republic of Puchong)

Alfatihah.

abuomar said...

Terima kasih atas makluman

Ridwan said...

Asw Dr.,
Sebelumnya saya ucapkan selamat beribadah di Bulan Ramadhan 1431H. Saya ucapkan tahniah atas pencapaian yg diperolehi. Saya sendiri selepas balik dari Bandung, waktunya cukup padat dengan pekerjaan. Insya Allah Syawal nanti boleh kayuh bersama ya..

abuomar said...

Wsm Ridwan,
Sama-sama kita buat yang terbaik/termampu untuk ramadhan. Terima kasih atas komen. InsyaAllah umur panjang, lepas raya kita kayuh lagi.