Monday, June 14, 2010

Kayuhan cuti sekolah 2

Tasik Jenderam Hilir
Ahad - Kayuh bersama Ridwan dari UKM ke Taman Cabaran. Buat satu pusingan di Taman Cabaran kemudian balik ikut Jenderam Hilir. Ini merupakan kayuhan paling lama untuk bulan ini (Jamadil akhir 1431). Lepas kayuh sempat pekena badminton pulak sebelum ke kenduri kawin dan beli belah barangan dapur di Giant USJ.Hari ini kira hari yang produktif walaupun penat berkayuh tetapi banyak aktiviti dapat dilakukan. Kayuhan telah meningkatkan produktiviti. Malam pula nagji/usrah ngan Dr Huda, Mustafa, Muhyidin, Syeikh Zainal dan Omar. Baca kifayatul ahyar bab jual beli. Pengarang kitab ini nampaknya lebih menyukai pendapat Imam Malik. Akad tidak begitu penting atas barangan kecil-kecilan asalkan ada ridha meredhai.

Sabtu - Kayuh basikal jalan bersama kumpulan Maplay (Ibrahim, Yazid, Zairi, Azlan, Bahari dan Aini). Laluan: Batu 18-Genting Peras-Empangan Semenyih-Bukit Hantu-Batu 14-Batu 18. Petang kenduri tahlil rumah jiran dan malam kenduri rumah besan di Kelawang.

Selepas 17km kayuh baru teringat nak 'ON' Garmin Forerunner405.
Puncak Bukit Hantu

4 comments:

Ridwan said...

Terima kasih Dr atas laporan perjalanan dan gambarnya. Masa balik tu memang cukup panas terik sehingga flat juga sesampainya di rumah.. Insya Allah ahad depan saya ada program kayuh gunung-bukit di sekitar Bandung dengan Sahabat MTB "BayuWhy". Basikal sedang saya pack ke dalam kotak utk fight-mode. AirAsia charge RM50 untuk max 15kg bagasi basikal (sport equipment).

abuomar said...

Sama-sama. Selamat berkayuh dan balik kampung. Nanti jangan lupa buat laporan. InsyaAllah jika ada rezeki saya ke sana untuk kayuh. MAS pun akan ada 'direct flight' mulai julai nanti.

Azizan Zolkipli said...

Salam.
Garmin forerunner tu siap leh plot graf heart beat ekk. bagus tu ...

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Betul, Garmin FR405 ialah jam satelit yang boleh ukur halaju, profil ketinggian, jarak dan kedudukan perjalanan serta degup jantung. Seronok jugalah main dengannya.