Friday, December 11, 2009

Labuan

Minggu ini aku berpeluang ke Labuan atas urusan kerja - memberi kuliah bagi kursus Radiografi industri kepada sebuah syarikat NDT di Labuan. Ini kali pertama aku tiba di Labuan. Aku pernah datang ke Kota Kinabalu untuk belajar di tahun 1 UKM Limauan sekitar tahun 1976. Walaupun setahun aku berada di KK tapi tidak berpeluang ke Labuan. Masa tu aku bukan jenis suka merantau, lagipun ketika tu duit tak pernah cukup untuk aktiviti2 yang kurang perlu.
Waterfront - warung makanan laut. Ada ikan, udang dan sotong dengan harga berpatutan.

Setiap pagi sebelum kuliah aku sempat joging 1 jam. Petang jumaat aku menaiki bot ke Pulau Papan. Tak jauh cuma 20 min saja perjalanan. Tak ada pengunjung di pulau ini kecuali pekerja yang membersih kawasan chalet. Pulau ini tidak begitu menarik untuk dikunjungi cuma ada pantai untuk mandi manda. Tidak ada ikan untuk 'snorkling'. Bagaimanapun banyak kapal2 berlabuh di Labuan memberikan pemandangan yang agak unik. Aku berenang di tepi pantai beberapa minit. Tak ada orang, takut nak berenang ke tengah. Setiap pagi sabtu dan ahad ada pasar tani di pusat bandar. Makanan tempatan boleh dikatakan murah. Nasi lemak lauk sotong/udang cuma RM2. Banyak tempat yang tak sempat diterokai. Aku tak sempat ke kompleks sukan (sebelah hospital Labuan). Khabarnya banyak juga kemudahan spt kolam renang awam.
Menaiki bot ke Pulau Papan Jeti Pulau Papan

4 comments:

Anonymous said...

salam....

dr.pauzi...

saya tertarik dgn cerita kayuhan dr. bler nk update lagi...sesekali mahu juga join berbasikal....

hafizi hj.zainal.....
UTeM, melaka...

abuomar said...

waalaikum mussalam,
terima kasih atas komen yang diberikan. hujung minggu ni tak dapat kayuh lama kerana ada banyak kenduri kahwin yang perlu dilawati.
minggu depan sy ikut monsoon ride di gambang.
jika ada kayuhan biasanya sy iklankan pada petak 'akan datang'

benbaz said...

Salam Dr.
Bulan Feb 2010 ade marathon at night kat Putrajaya. Bleh kita joint sekali...21k

abuomar said...

salam,
insyaAllah, tahun ni belum berlari 21km.