Sunday, February 1, 2009

Gunung Datuk

Alhamdulillah semalam (4 safar) aku dan isteri berjaya mendaki Gunung Datuk hingga ke puncak. 2 jam masa diambil untuk mendaki, 40 min untuk rehat, menikmati angin dan pemandangan di puncak dan 2 jam untuk turun.
Bertolak dengan kereta dari Bangi seawal jam 0730 mengikuti lebuhraya Utara-Selatan, keluar ke tol Pedas menuju ke arah Rembau dan tiba di kaki Gunung Datuk kira-kira jam 0845. Setelah mendaftar dan membayar yuran RM3 kami terus mula mendaki. Ramai juga peminat Gunung Datuk. Kami jumpa pelajar-pelajar UKM, KUIS, Unisel, Politeknik, pasangan bapa dan anak dari Kajang, keluarga Cina dari Seremban dan lain-lain. Jarak pendakian hanya sekitar 1.3km sahaja tapi agak curam. Ada 3 bau yang aku dapat kesan sepanjang pendakian - bau tahi ayam, bau daun kentut dan bau pokok karas. Terapi aroma semulajadi. Sesuai rasanya kalau ingin buat latihan sebelum masuk Towerthon KL.


Profil mendaki dan menurun.Kenapalah diberi nama pokok sial.
Hanya 15 min lagi untuk ke puncak.

Puncak batu boleh dinaiki menggunakan tangga besi yang disediakan. Dapat lihat pemandangan sekitar. Angin kencang di puncak ini, hampir terlucut topi di kepala.
Kira-kira jam 1530 kami sampai di rumah. Sepanjang jalan kami singgah membeli belah di gerai buah-buahan. Beli petai, limau bali, pisang, jambu batu, ciku, manggis. Singgah makan tengahari di kawasan rehat Seremban. Lepas mandi kami rehat dan ukur tekanan darah dan denyutan jantung. Yang menakjubkan tekanan darah isteri jadi normal (sebelum ini tekanan darahnya agak tinggi) dan denyutan masih tinggi 90bpm.

4 comments:

Perlis Power said...

From last photo..memang tinggi gunung datuk tu...lebih tinggi dr gunung medan di Perlis.. Lihat I ride for Palestine photo..

abuomar said...

Ketinggian GUnung Datuk ialah lebih kurang 720m dari aras laut. Terima kasih.

coconutgrinder said...

saya dah 2 kali dpt tawan gunung datuk ni...purata 2jam jugak nak naik ke atas... bagus nih tmpt nih nak buat trainning awai awai utk pulau kapas swimathon 2010 nanti ni...

abuomar said...

eluklah tu buat latihan. pulau kapas ialah cabaran paling besar bagi saya. saya pernah berlatih renang di kolam UKM 2 jam tanpa henti sebagai persediaan. saya ikut panduan latihan dari internet. entahlah tahun depan mau masuk atau tidak.