Wednesday, December 9, 2015
Bekam Overhaul
Alhamdulillah petang tadi selesai berbekam selepas kira-kira 5 bulan. Paling banyak titik bekam kali ini. Lebih 20 titik. Belakang badan, kepala, punggung, paha dan dada.
Monday, November 2, 2015
FitMalaysia bersama YB KJ
Sudah lama tak berkayuh di Gombak/Genting Sempah. Mengambil peluang kayuh sebelum ke Kemaman bersama YB KJ dalam program FitMalaysia.
Tuesday, October 27, 2015
Kembara Motosikal Okt 2015
Kembara (26-30 Okt 2015) bermula dari Kg Salak ke destinasi berikut:
- Sekayu, Kuala Berang 300km
- Pulau Banding 376km
- Kg Salang, Perlis 294km
- Kg Pasir Salak, Perak 330km
- Cameron Highland 114km -Salak 428km
Wednesday, October 14, 2015
Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharram 1437H
Semuga tahun baru mengingatkan usia semakin meningkat dan kematian semakin hampir. Ya Allah ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapa ku, guru-guru ku dan seluruh umat Islam. Sempena cuti awal muharram aku berkayuh bersama anak saudara along. Kami berkayuh ikut kebanyakan laluan Xterra 2013.
Berhenti minum di Jenderam - kira2 separuh kayuhan.
Berhenti minum di Jenderam - kira2 separuh kayuhan.
Wednesday, August 19, 2015
Menunggang motosikal dari Salak ke Pasir Puteh
Pada 14 Ogos lalu aku memberanikan diri menunggang motosikal secara solo ke Pasir Puteh, Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara.
Berhenti rehat (mengantuk) di wakaf sekitar persimpangan Dabong, jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Sarapan pagi 0730 di kawasan rehat Gua Musang.
Saturday, August 8, 2015
Jamboree Batu Bersurat
Seronok ke Kuala Berang yang mempunyai cuaca yang sedikit sejuk, pemandangan menarik, makanan kampung yang sedap-sedap. Itulah antara tarikan untuk ke sana walaupun perjalanan yang agak jauh, kira-kira 6 jam berkereta.
Pertama kali jumpa rakan kayuh orang NDT di jamboree basikal gunung. En Fadli dari NDE consultancy Sdn. Bhd.
Aku rasa air madu ini benar-benar melawaskan tenaga ku kali ini.
Monday, August 3, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)















