Sunday, August 5, 2012

Bekam di Salak Tinggi

Alhamdulillah setelah hamir 8 bulan, semalam buat bekam di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi. Perancangannya nak buat setiap 6 bulan, tapi kali ini agak lewat.

Friday, July 27, 2012

Kayuhan luar jalan dari pejabat ke rumah

Setelah tinggal lebih 6 bulan di rumah baru di Salak baru timbul idea untuk berkayuh dari pejabat ke rumah melalui denai luar jalan (off-road). Sebelum ini ada beberapa kali berkayuh dari rumah ke pejabat dan sebaliknya melalui jalan raya, akan tetapi dirasakan agak merbahaya kerana jalan agak sibuk dan kenderaan bermotor agak laju masing-masing ingin cepat ke pejabat. Justeru program kayuhan rumah ke pejabat terhenti sekian lama menyebabkan berat badan aku meningkat 3kg.
Idea ini timbul sehari sebelum puasa setelah teringatkan pernah berkayuh melalui sebagian denai dengan kumpulan Seri Putra yang diketuai Pak Din satu ketika dan kebetulan aku merakamkannya dalam GPS. Aku muat-turun semula jejak ini ke dalam GPS dan gunakan ia sebagai panduan.
Kena melintasi sungai kecil. Boleh angkat basikal dan melangkah atas batu, kebetulan air cetek.
Terdapat 2 pilihan laluan; pertama keluar ke jalan utama ke Nilai Spring dan pilihan kedua keluar ke Desa Vista. Pilihan pertama lebih mencabar kerana perlu melalui bukit yang lebih tinggi dan laluan  agak gelap di sebelah petang dan perlu melalui kawasan pemujaan yang agak seram. Aku tak pasti penganut agama apa, tapi ada 2 patung dan satu busut besar yang dibalut kain hitam dan sebuah rumah (tak nampak penghuni) dengan seekor anjing. Sepanjang laluan ada ladang getah dan ladang sawit dan ada penempatan seperti penempatan orang asli tetapi rasanya mungkin pekerja ladang (Indon) atau kedua-duanya.

Monday, July 2, 2012

Kemaman/Cherating

Kemaman, Terengganu dan Cherating, Pahang merupakan jiran. Kedua-duanya pekan industri minyak dan kimia di Gebeng dan Kerteh.  Di Kemaman tiada hotel-hotel besar tetapi hotel-hotel yang lebih mewah ada di Cherating. Bila ada kerja di Kemaman kebiasaannya hotel-hotel di Cherating menjadi pilihan kerana hotel-hotel di sini berhampiran pantai yang nyaman dan menarik. Bagaimanapun makanan yang sedap-sedap seperti sata, keropok lekor, nasi dagang, sup tulang ada di Kemaman. 
Kedudukan berjiran antara Kemaman dan Kemaman
 Chukai, Kuala Kemaman
Pantai Cherating

Saturday, June 30, 2012

Cabaran Gunung Berembun

Alhamdulillah berjaya menamatkan pendakian Gunung Berembun anjuran persatuan kembara negara. Masa diambil 6.5jam bagi jarak 16km.
Pemandangan air terjun Lansir dari jalan raya
Air terjun Chemerong
Perkhemahan di Chemerong - ada kemudahan bilik air, surau, dewan dan kantin.
Majlis perasmian

Pokok-pokok renek sebelum tiba puncak Berembun
Puncak Berembun
Stesen air
Profail dan peta denai Berembun






Monday, June 25, 2012

Joging sekitar Bertam

Hujung minggu lalu aku melawat anak di Matrikulasi Pulau Pinang dan menginap di hotel Seri Malaysia. Petang jumaat joging di tengah panas terik sekitar hotel melalui pekan selama 30 min. Cuaca yang berjerebu agak kurang selesa untuk joging. Pagi Sabtu dan Ahad joging merentasi pekan Kepala Batas ke kawasan bendang padi dan melalui kampung Melayu. Walaupun berjerebu, keadaan agak sejuk dan nyaman bila melalui kampung-kampung Melayu yang bersih dengan pokok-pokok bunga yang harum mewangi. Selain itu suasana dirasakan cukup selamat tanpa salakan anjing.

Saturday, June 16, 2012

Kayuhan dan Joging sekitar Salak Tinggi

Kg Salak Tinggi ialah sebuah kampung yang berhampiran dengan banyak tempat menarik antaranya KLIA, litar Sepang, Sepang Gold Coast. Profail ketinggian juga gabungan bukit dan lembah. Ada sungai dan ada bukit dan juga tidak jauh dari pantai. Jalan kampung yang dulunya agak sunyi tapi sudah agak sibuk. Untuk berkayuh di jalan utama agak tidak selesa, bagaimanapun ada beberapa pilhan jalan kampung masih sunyi seperti sekitar Kg Labu Lanjut dan taman-taman sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan dan bandar Enstek dll bandar baru berdekatan.

Laluan 'road & offroad' sekitar Taman Dahlia
Laluan 'road & offroad' tepi KLIA Laluan 'road & offroad' sekitar Kg Salak Tinggi

Monday, June 11, 2012

Komen

Komen tuan-puan dialu-alukan. Sebelum ini komen dihadkan kerana ada masaalah 'spam'