Saturday, March 31, 2012
Jambori Senawang
Menyudahkan Jambori Senawang dalam masa 2 jam 11 min bagi jarak 30km. Laluan: jalan tar>jalan tanah>jalan tar>jalan tanah>jalan tar. Kebanyakan laluan tidak teknikal. Ada bukit yang agak curam antara titik semak 1 dan 2. Seronok juga sesekali berkayuh untuk tempoh yang agak pendek. Ada masa untuk rehat hari ini. Basuh basikal dan pakaian basikal.
Wednesday, March 28, 2012
Denai Kg Jeram Kedah dan Sg Lalang
Monday, March 12, 2012
Taman Negara Green Jamboree

12 Mar (Isnin) - Hari ke 3 di Kuala Tahan berjalan mengikuti denai ke Lubuk Simpon iaitu laluan bagi pendaki Gunung Tahan. Berjalan masuk pergi-balik 1.5 jam. Banyak pacat kerana baru lepas hujan.

di Jeti Mutiara Resort, Taman Negara

Jejak menyusuri Sg Tembeling

Jejak menyusuri Sg Tahan Ke Gunung Tahan
Lubuk Simpon 800m dari Mutiara resort.
11 Mac (Ahad) - Kuala Tahan jamboree cukup menyeksakan, terpaksa kayuh sejauh 64km naik turun bukit yang curam. Semasa balik kebanyakannya terpaksa menolak kerana dah tak bermaya ditambah dengan gelang rantai kecil depan telah rosak yang menyebabkan rantai asyik melekat pada gelang. Jatuh ke dalam lumpur semasa pulang antara punca kerosakan basikal. Ambil masa 3 jam pergi dan 5 jam pulang. Masa terpanjang aku berkayuh di luar jalan.

Merentasi sungai yang jernih airnya

Laluan kenderaan pacuan 4 roda digunakan untuk jamboree dari Kuala Tahan ke Kg Pagi

Peserta jamboree sedia untuk kayuh (40km Funride dan 64km Perlumbaan)

Permulaan Kuala Tahan Green Jamboree di Pesona resort
10 Mac (Sabtu) - Tiba tengahari di Kuala Tahan bersama isteri dan menginap untuk 2 malam (RM150 semalam) di hotel Rainforest. Selepas daftar masuk, makan di gerai Kuala Tahan. Berbual-bual dengan mak cik kedai. Katanya budak kampung tak habis sekolah, ramai yang suka kerja di hotel dan lain-lain yang berkaitan dengan pelancungan. Memang ramai pelancung datang ke Kuala Tahan ni. Walaupun sekolah tak habis, ramai budak dan mak cik pakcik boleh cakap orang putih. Petang berjalan menyusuri Sg Tembeling ke Cannopy walk (90 min).Wednesday, February 29, 2012
Kayuhan HOA-Genting lihat LTDL
Bersama Zamani dan rakan2 dari Letua berkayuh dari Hospital Orang Asli, Gombak ke Genting untuk melihat LTdL 2012.
Sunday, February 26, 2012
Jamboree Basikal Gunung Trolak
Pagi ini ikut Hj Zamani ke Felda Trolak. Bertolak jam 430 pagi dari Kg. Salak. Mula berkayuh jam 0800 dan tamat sekitar 1230 bagi jarak 50km. Cukup memenatkan. Dapat no. 382, pencapaian yang paling merosot. Mungkin disebabkan masaalah basikal dan faktor umur. Gear belakang mengalami kehausan yang serius menyebabkan banyak gangguan semasa pendakian.

Hj Zamani bermula agak lewat kerana terlambat akibat kekeliruan tempat mula. Pun begitu beliau masih boleh mengejar dan berada di barisan hadapan (gambar disalin dari mukabuku).

LtdL 2012 Peringkat 2
Semalam kayuh bersama Maplay dari Salak ke Port Dickson untuk melihat LtdL peringkat 2 dari Putrajaya ke Melaka.

Minum sambil menunggu LTdL
Sunday, February 12, 2012
Cabaran Gunung Datuk/Rembau




Bersama Along (anak saudara) menyahut cabaran Gunung Datuk/Rembau/Gagak anjuran Persatuan Kembara Negara. Aku masuk kategori veteran 12km ke Puncak Rembau manakala Along kategori terbuka 16km ke Puncak Rembau dan Gagak. Aku hanya mampu buat 3jam 20min. Laluan agak curam lebih curam dari Angsi tetapi kurang curam berbanding Nuang.
Along dapat membuat catatan yang agak baik 2 jam 30 min. Pendakian gunung ini memberi kelebihan kepada orang kurus dan kecil. Walaupun orang Kenya cukup baik di jalan tetapi bila di bukit mereka juga agak lemah.
Subscribe to:
Posts (Atom)













