Seronok ke Kuala Berang yang mempunyai cuaca yang sedikit sejuk, pemandangan menarik, makanan kampung yang sedap-sedap. Itulah antara tarikan untuk ke sana walaupun perjalanan yang agak jauh, kira-kira 6 jam berkereta.
Pertama kali jumpa rakan kayuh orang NDT di jamboree basikal gunung. En Fadli dari NDE consultancy Sdn. Bhd.
Aku rasa air madu ini benar-benar melawaskan tenaga ku kali ini.
Senaman di bulan ramadhan termasuklah solat malam, kayuhan dan joging ringan. Kayuhan biasanya dilakukan semasa ke masjid atau petang-petang sebelum berbuka. Joging pula ialah berjalan kaki ke masjid. Alhamdulillah dengan berbuat begini kecergasan dan ketenangan dapat dikekalkan. Termasuk juga dalam senaman atau pergerakan badan ialah berkebun - membuang rumput liar dan menaman pokok-pokok herba. Antara pokok herba yang ditanam bulan puasa ini ialah pokok telang (pokok nasi kerabu). Berbagai pokok jual dijual di pasar minggu salak. Antara yang aku telah beli dan tanam ialah misai kucing, kunyit, bunga kantan.
Tujuan asal ke Temerloh ialah untuk menyertai jambori agro MTB. Bagaimanapun jambori telah ditunda tanpa ku sedari.
Jadi aku buat solo dan menamakannya kayuhan ikan baung dan patin. Lepas kayuh aku singgah kawasan rehat tepi jambatan Temerloh untuk makan tengahari.
Dinamakan kayuhan harumanis kerana sekarang musim mangga Perlis. Semasa kayuhan akan melalui ladang harumanis di sekitar Batu Pahat. Perlis terkenal dengan mangga harumanis yang paling sedap, melebihi harumanis Kedah atau Siam.