Saturday, October 12, 2013

Latihan Tri-2


Joging 60min, basikal gunung 70min dan renang 36min(=1500m). Eluk habis renang, wisel dibunyikan jam 1100 hujan turun. Ingatkan tadi tak sempat renang kerana langit dah mendung.
 Basikal baru lepas servis, terasa sayang nak masuk lumpur.
Jumpa rakan basikal jalan pak brahim dan folizan di PICC semasa joging


Saturday, October 5, 2013

Latihan Tri di Presint 6

Pagi ini buat latihan triathlon di Putrajaya. Mula dengan lari 50min, renang 15min dan kayuh basikal gunung di Taman Cabaran 1jam 20min.


Hari ni cuba kaedah TI yang diajar anak saudara (along). Mungkin terlebih hayun, jari kaki kejang selepas renang 600m. Cuba urut dan buat regangan tapi tak mau hilang. Mula-mula urut kaki kanan. Bila nak masuk air, kaki kiri pulak kejang. Kedua-dua jari yang kejang ialah jari sebelah ibu jari. 

Tapi kekejangan ini alhamdulillah tidak berulang semasa kayuh. Heran aku memikirkan. Selasa lepas buat renangan 1100m tak ada masaalah. Catatan masa dijimat sekitar 2-3 min dari biasa. Mungkin otot yang ingin digunakan ialah otot baru atau penat setelah berlari tadi.

Lepas kayuh, sambil minum dan makan tamar layan tengok orang main kereta kawalan jauh. 


Thursday, September 26, 2013

Bekam 20 Zulkaedah 1434

Selepas kira-kira 6 bulan aku berbekam lagi. Buat dengan En. Musa di Presint 9, Putrajaya.


















Hari Pertama















Hari ke 3 - masih ada sedikit lebam
















Hari ke 7- Kesan bekan sudah tiada

Hari ke 9 - Tiada apa-apa kesan, parut, dll.

Wednesday, September 18, 2013

Hard rock international Jeli ride

16 September 2013: 0800-1200
Khabarnya 1000 penyertaan, tapi yang ikut kayuh rasanya tak sampai.
Kaum hawa pun ramai ikut serta. Kali ini ramai kaum hawa di depan.
Pemandangan bukit2 batu kapor yang cantik
Dapat no 266
Profail turun naik yang meletihkan
4 sungai perlu diharungi. Pikul basikal bagi mengelakkan rosak hub dan bb.
Jambori yang mewah dengan makanan: durian, dokong, manggis, nasi ayam, minuman

Friday, September 13, 2013