Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1432



1 Syawwal 1432 bermula malam ini setelah matahari terbenam sebentar tadi. 29 hari ramadhan telah berlalu. Tinggallah tarawih, mudah-mudagan jumpa lagi tahun depan.
Selamat hari raya rakan-rakan semua. Tahun ini beraya di Kg Salang. Raya kedua balik ke Kg Saring.

Thursday, August 11, 2011

Bekam 2

Pagi ini (11 ramadhan 1432) pergi berbekam di Darul Irsyad, Section 4, Bandar Baru Bangi. Terasa lega sikit. Harap-harap tekanan darah boleh turun dan vertigo boleh sembuh, insyaAllah.
Tahun lepas (22 Rejab 1431) aku berbekam. Rancang nak berbekam sekali setahun tapi agak terlewat sebulan lebih. Antara sebabnya pusat bekam di Kajang prima tutup/pindah. Tapi nak berbekam sekarang dah mudah. Di Bandar Baru Bangi ada sekuarng2nya 2 tempat, section 4 dan 4 tambahan. Jika badan sehat bekam dinasihatkan setiap 6 bulan atau setahun. Jika kurang sehat (angin dan banyak toksik), buat 3 kali berturut setiap bulan atau 2 bulan.

Sunday, July 24, 2011

Triathlon PD 2011


Mula renang 0751, tamat renang 0822. Pelepasan dibuat secara berperingkat. Dimulakan dengan 1000 (0735) diikuti setiap 5 min 2000+(0740), 3000+(0745) dan akhir sekali 4000+(0750). Aku dilepaskan bersama orang-orang tua (50+) dan wanita serta 'relay'. Nombor 4026. Tahun ini jarak renang sebenar agak pendek, sekitar 200m lebih pendek dari biasa kerana air laut surut.
Mula berkayuh, ambil masa 7 min pakai baju, seluar, stokin dan kasut.
Cuba kawal tenaga semasa kayuh. Banyak cucuk angin orang muda.
Tamat kayuh 0947. Walaupun dah cuba simpan tenaga masa renang dan kayuh, tapi bila lari entah kenapa aku cukup lemah, ada ketika kena jalan jugak, tak ada tenaga. Banyak tenaga digunakan untuk angkat dan hayun kaki.
Tamat jam 1103. Catatan masa penganjur ialah 3 jam 24 min (rasanya jam ini diset masa pelepasan pertama. Catatan masa aku ialah 3 jam 12 min. Pencapaian lebih baik dari ATM. Bagaiamanapun masa berlari terpaksa berjalan juga.

Sunday, July 17, 2011

Persediaan PD tri

Semalam dan pagi ini buat latihan triathlon. Semalam kayuh 40km = 110min (rumah ke presint6 dan balik melalui bukit Limau Manis) dan renang 1.5km = 38min. Pagi ini lari sekitar Bandar Baru Bangi sejauh 10km=1jam 25 min.

Sunday, July 10, 2011

Mendaki Angsi







Bersama anak saudara Azmi dan Hafiz mendaki Nuang: Ulu Bendul>Bukit Putus>Puncak>Tangga Batu>Ulu Bendul=14km=4jam.

Saturday, July 9, 2011

Pinggiran Taman Negara, Merapoh










Fox's Cave MTB Jamboree






Bergambar bersama Kumpulan Mahligai sebelum kayuh (OMP production)
Melalui ladang Koko


Depan Tokong Cina
Jambatan gantung
Dapat hadiah. Terima kasih penganjur.