Saturday, April 16, 2011

Sg Pening-Sg Long

Pagi ini kayuh basikal gunung bersama rakan-rakan sekitar Bangi dan Kajang. Dua bukit utama dilalui; bukit Sg Pening dan Sg Long. Kayuhan bermula dan tamat di Kajang Prima depan pasaraya Giant. Jarak kayuhan 37km, masa bergerak 3 jam 15 min.
Bacaan doa selamat diketuai Nasrul sebelum kayuh.
Rehat sebelum mendaki Sg Pening2

Sebelum mendaki Bukit Sg Long
Puncak Bukit Sg Long

Monday, April 11, 2011

Syiling lama

Syiling lama untuk dijual.

Sunday, April 10, 2011

Giant UTM MTB Quest (GUMQ) 2011

Ikut Zamani menyertai GUMQ2011 di UTM Skudai anjuran Bioprocess Engineering Student Society. Jejak sekitar UTM sejauh 30km. Laluan cukup mencabar, mendaki, menuruni, mendaki lagi. Dapat buat dalam masa 3 jam. Tak pasti kedudukan tapi mungkin bawah 20 dalam kategori veteran (40 tahun ke atas). Zamani dapat no. 7. Laluan licin dan berlumpur kerana semalam hujan. Gambar-gambar boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/madee916/sets/72157626343211181/with/5608550925/



Friday, April 1, 2011

Kayuh bersama Jarno Trulli

Minggu ini berpeluang ikut Pasukan LeTua kayuh dengan pemandu Formula One Jarno Trulli dari pasukan Lotus dan Air Asia.
30 Mac: kayuh dari Kota Damansara ke Bukit Fraser 110km
31 Mac: kayuh dari Bidor ke Berichang, Cameron Highland 73km
1 Apr: kayuh dari Berinchang ke Simpang Pulai 80km.


Jarno Trulli ditemubual pemberita Astro di depan hotel Tune, Kota Damansara.
Dalam perjalanan ke Bukit Fraser
Dalam perjalanan ke Bukit Fraser (gambar disalin dari album FB Album Arief Jaafar)
Mula mendaki menuju Bukit Fraser bersama Abang Razak (gambar disalin dari album FB Album Arief Jaafar)


Menghampiri Bukit Templer
Hari kedua di Bidor sebelum memulakan kayuhan ke Cameron Highland
Bergambar dengan Jarno Trulli di Lata Iskandar. Tiba 15 min di belakang kelompok utama.
Hari ketiga: Minum teh di ladang teh BOH sebelum berkayuh ke Simpang Pulai.

Sunday, March 27, 2011

Kayuhan Sekitar Rumah


Asyik dok kayuh jauh-jauh, rupanya syok juga kayuh sekitar rumah. Jalan agak lengang pada pagi minggu. Kayuh sekejap saja kira-kira 1 jam. Hari ini buat 3 acara: joging (35 min), kayuh (1jam 10min) dan renang (30 min).

Pagi semalam buat kayuhan solo ke Bukit Hantu. Lebih seminggu tak kayuh. Ini kira persediaan kayuh bersama Zamani rabu hingga jumaat ni. Rabu: Kota Damansara ke Fraser Hill. Khamis: Bidur-Cameron Higland. Jumaat: Cameron Higland-KL.

Petang Sabtu ke kedai basikal Jami beli kasut baru dan seluar basikal. Dengar cerita ada rakan kayuh kemalangan maut dilanggar teksi di Lebuhraya MEX. Gerun juga dibuatnya. Memang agak berisiko kayuh di lebuhraya. Aku pernah hampir dilibas lori di lebuhraya LEKAS. Tiba-tiba saja lori ni ke tepi menghampiri basikal ku. Mungkin pemandu mengantuk. Kepada rakan-rakan basikal jalan tu hati-hatilah.

Kasut lama (2003) kasut baru (2011)

Sunday, March 20, 2011

Tomsk, Siberia

Minggu lepas (14-18 April) aku berpeluang melawat Tomsk Polytechnic University di Siberia. Suhu di sana sekitar -10C cukup melemahkan. Bagi penduduk Tomsk tahun ini musim sejuk yang terpanas. Tahun-tahun sebelumnya suhu ialah -40C. Pakaianku yang tidak begitu sesuai dengan cuaca bersalji menghadkan pergerakan aku. Jika joging aku hanya boleh bertahan 30 min sahaja di luar, jika tidak 20 min pun sudah menyeksakan. Sepanjang seminggu aku hanya nampak 2 orang menunggang basikal dengan tayar berbunga tebal. Tak sempat nak ambil gambar kerana hendak mengeluarkn kamera dari poket pun mengambil masa. Khabarnya agak bahaya menunggang basikal atas jalan bersalji.
Peta Tomsk sekitar tempat penginapan (TPU hostel) yang boleh dicapai melalui jalan kaki
Makanan halal (restoran Uzbek) dengan harga RM60 di lapangan terbang Domodedovo, Moscow
Restoran Uzbek di Tomsk. Dengan harga di atas kita boleh makan 5 orang di restoran ini. Jadi kalau ke Tomsk inilah tempat makan halal yang murah. Satu lagi restoran Habibi.
Surau di lapangan terbang Moscow yang tak dibuka pun. Kami sembahyang depan pintu (aman tiada orang lalu lalang)
Masjid Putih di Tomsk dibina pada tahun 1914.
Masjid Merah di Tomsk
Rumah kayu senget depan masjid Putih
Bangunan Institut NDT
Dataran Peringatan Perang 1941-1945
Kucing Russia rumah Prof. Vavilov
Dataran Lenin
Ukiran duit 1 ruble (= RM0.1) di Dataran Lenin
Ukiran bangunan kayu semacam bangunan lama di Terengganu
Lapangan terbang Dubai ialah tempat transit utama bagi penerbangan Timur-Barat. Aku beli minyak wangi Arab (Oud dan Misk), buah kurma, kopi Arab dan kacang2. Barang lain nampaknya tiada yang lebih murah dari Malaysia. Laluan kami ke Tomsk ialah KL-Dubai-Moscow-Tomsk agak jauh (16 jam terbang). Khabarnya jika ikut Beijing boleh jimat 8 jam.

Sunday, March 6, 2011

Token Bikezooka race

Keputusan akhir
Keputusan awal

Perlumbaan bersiri Token Bikezooka. Ini siri pertama 2011 diadakan di RRI, Sg Buluh. 4 pusingan = 28km. Aku buat dalam masa 2.5 jam. Kira-kira 1 pusingan di belakang Zamani. Beberapa minit di depan Cik Da (off road lady). Dapat potong Cik Da di pusingan ketiga. Katanya kaki dah kejang.



Sabtu kayuh bersama Zamani Bangi-Bukit Hantu. Sesak dada nak mengejar Zamani. Jalan rata 36km/jam.