Nampaknya cabaran renang Kapas-Marang 12 April nanti tak dapat aku ikuti kerana ada tugas resmi di Jakarta dari 11-17 April 2009. Sebenarnya aku takut naik kapal terbang ni sejak kena vertigo tempoh hari.
Sabtu - Pergi beli kasut kat One-utama. Beli kasut 'off-road' jenis New Balance dengan harga RM330 saiz 7US, 6.5UK dan 'extra wide 4E'.
Ahad - Cabaran M2M Nuang bermula. Aku, Faizal, Cik gu Ramly, Cikgu X dan lain-lain sudah bersedia untuk cabaran ini. Tepat 0815 peserta lelaki terbuka dilepaskan oleh Dato' Khalid Yunus. Yang muda-muda semuanya berlari, aku dan yang tua-tua berjalan. Walaupun berjalan telinga ku asyik berdengung dengan degupan jantung maksimum, tapi masih boleh berkata-kata. Bila lama berdengung perlahankan rentak dan lajukan semula bila stabil. Setelah aku melepasi kem Lolo peserta pertama sudah menurun. Rasanya no. 1 dan 2 dimenangi oleh Negro. No. 3 mungkin Melayu. Ada seorang orang putih, mungkin dia bawah 10.
Faizal pun agak laju bila aku tiba di Pengasih ia sedang menurun. Katanya dia tiba di garisan penamat jam 1200. Masa ni aku baru tiba di puncak. Aku tiba tepat 1153 di puncak. Jam 1200 ialah 'cut-off time'. Urusetia yang menunggu di puncak akan mula turun jam 1200. Jadi aku masih layak, alhamdulillah. Aku tiba di kaki gunung jam 1515, dengan basah kuyup selepas mengharungi 1 jam hujan lebat, dapat sijil sehelai dengan 1 botol air mineral dan 1 tin 100+.
Cabaran sebenar ialah antara Kem Pacat dan Pengasih. Sewaktu mendaki ada orang beri amaran bahaya, laluan licin dan tegak. Khabarnya ramai juga yang mengalah dan tak yakin boleh sampai puncak sebelum 1200. Dengan bantuan tongkat aku gunakan untuk cangkutkan pada akar.
Kali ini program pemakanan aku ikut saranan 'Power Product'. Aku sarapan dengan sekeping 'Power bar'. Selama 7 jam berjalan, aku habiskan 3 'Power gel', sekeping bar tenaga jenama 'Nature Valley', 2 liter air kosong, 1 tin 100+. Di garisan penamat aku habiskan lagi 1 tin 100+ dan 'Power recovery' + 500ml air mineral. Alhamdulillah kasut New Balance yang baru dibeli sesuai dengan kakiku, tiada lagi kecederaan jari kaki seperti sebelum ini. Kaki aku lebar macam kaki itek, jadi kasut jenis 'extra wide 4E' memang ngam.
Banyak-banyak gambar yang aku ambil dengan PDA HTC, hanya satu ni yang lekat. Yang lain semua hilang, entah kenapa. Hantu Nuang ambil balik kot atau mungkin selepas terkena hujan semua gambar hilang.
Puncak tertinggi Nuang ialah 1500m dari aras laut. Perjalanan 20km pergi-balik. Kelajuanku hanya 3km/jam.
Puncak Nuang rupanya dalam Negeri Pahang. Hanya Kem Pacat masih berada dalam Negeri Selangor, itupun sudah hampir dengan sempadan 3 negeri- N9, Selangor dan Pahang. Di puncak Nuang ada jejak lain menghala ke Janda Baik, tapi katanya jarang digunakan orang.

























Profail mendaki dan menurun sebahagian gunung tebu.
Peta ke Gunung Tebu yang berhampiran pekan Jabi.
Profail berbukit di ladang sawit dan Kg Bahagia, rata di Jenderam dan berbukit di Sg Merab.




