Monday, May 19, 2008

Gunung Nuang

Isnin: L (60)
Aku mendaki Gunung Nuang bersama isteri dan anak (Omar). Hanya berjalan hingga ke pondok tepi jeram (ketinggian 475m) tak jauh dari kebun durian sebelah pondok orang asli. Mula mendaki jam 0815 dan kembali ke bawah jam 1200. Kami berjalan sekitar 3 jam. Sempat berbual dengan beberapa pendaki, orang Cina, orang Asli dan orang Melayu. Tak jumpa pula India mendaki, tapi ramai juga kaum India mandi di Sungai Pangsun. Semasa mendaki sempat berbual dengan Syazwan (dari seksyen 4 Bdr Baru Bangi) yang ingin turun. Beliau mula mendaki seorang diri sejak jam 0300 pagi. Berani sungguh dia berjalan dalam hutan seorang diri. Juga sempat berbual ngan orang Asli bermotor mencari hasil hutan. Bila ditanya nak ke mana katanya jalan-jalan, panas kat bawah sana.
Pondok pertama sebelum pendakian meredah lalu tunggal. Kami mendaki sampai sini saja.
Semasa menurun, jumpa pula dengan Lan (Bandar Seri Putera) sedang menolak basikal (jenis 'downhill hardtail'). Katanya beliau ambil masa 1/2 jam sahaja untuk turun dari Dataran Lolo dengan basikalnya. Lama juga berbual dengannya. Beliau menceritakan pengalaman beliau mendaki beberapa gunung. Antaranya beliau pernah mendaki gunung Ranjani di Bali (iaitu gunung tertinggi di Indonesia). Beliau pernah mendaki banjaran Titiwangsa selama 20 hari.
Aku tak berlari hari ini tapi telah berjalan lebih 3 jam. Penat juga, terus lepak je lepas makan. Aku anggarkan ia setara dengan 60 minit berlari, bagi menyenangkan aku masukkan dalam catatan log latihan mingguan. Nampaknya aktiviti mendaki ni aku kena buat secara berkala mungkin setiap 2 minggu atau sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia tidak menguja jantung tapi baik untuk aktiviti keluarga dan menyejukkan jasmani dan jiwa.

Selasa: B(25) L (30) Berbasikal pergi ofis kemudian berlari sebelah petang bagi tujuan pemulihan penat mendaki semalam.

Rabu: Rehat

Khamis R (60) Renang di UKM. pemanasan 1X200m, utama: 1X1000, 2X500, penyejukan 2X100. Nafas 3-7, campuran pengambilan oksigen setiap 3, 4 dan 5 kayuhan - gaya bebas, kuak dada dan kupu-kupu.

Jumaat R (60) Renang di UKM buat 2300m dengan nafas 3-4 secara selanjar.

Sabtu L (40) lari sekitar rumah. B (100) berbasikal jalan bersama Omar ke Sg Merab, Seri Putra, Bangi, Teras Jernang sejauh 40km.

Petang kayuh makan angin sekitar seksyen 7 dan taman sri intan. Rupanya kat seksyen 7 ada taman untuk joging, tapi ianya terbiar sehingga penuh dengan lalang. Tempatnya eluk juga tepi sungai yang bercantum dengan sg langat. Kat seksyen 7 juga ada kedai basikal yang baru dibuka namanya Bike Xtrem (N2 58.412 E101 46.283) dimiliki oleh seorang wanita. Kedai ini menjual produk Italy berjenama Bianchi, Ducati dan Fox. Aku masih belum mampu memiliki basikal jenama Eropah, agak mahal buatku. Teringin juga nak merasa, tapi setakat ini hanya mampu basikal Taiwan saja.


Ahad B (120) Kayuh basikal gunung bersama Pak cik D dan Omar di Taman Teknologi Kajang. Mula kayuh jam 0640 dan tamat 0940 termasuk berhenti minum di Taman Universiti. Terima kasih Pak cik D belanja minum. Sila lihat juga blog pak cik D http://ahwbiking.blogspot.com/
Tengahari kenduri kahwin di Jalan 3/4B. Sedap juga lauk kenduri hari ini, kegemaranku gulai kambing. Lepas tu tuan rumah kasi 2 bungkus untuk bawa balik. Terima kasih, semuga mereka diberkati Allah, Aamiiin.


Jumlah R (120) B (265) L (130) = 8.58 (sasaran 7.08)

Monday, May 12, 2008

Hari Keluarga Agrotek n Biosains

Isnin - B (20) gatih balik rumah R (30)petang di UNITEN
Selasa - B (50) gatih basikal gunung sekitar rumah-teras jernang-sg merab dengan menyusuri Sg. Langat.
Rabu - B (65) kayuh gi-kelik ofis L (40) petang hungga
Khamis - Rehat
Jumaat 10 J'awal R (50) petang di UNITEN
Sabtu B (30) L (40) pagi hungga sekitar rumah dan gatih sekitar Tasik Cempaka dan Desa Surada. Jam 1100 bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka untuk hari Keluarga. Kami menginap di Kemunting Beach Resort (N2 18.853 E102 04.447). Petang berenang di pantai R (40).
Seronok baring dalam air sambil merenung kapal terbang di langit
Program Hari Keluarga dimulakan dengan solat maghrib, tahlil dan solat isyak berjemaah. Kemudian makan malam sambil berkaraoke dan cabutan bertuah. Semua aktiviti bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim antara ahli AnB dan keluarga.

Ahad L (60) :
Program keluarga diteruskan dengan solat suboh dan tazkirah berjamaah, kemudian joging/jalan tepi pantai. Selepas sarapan, sukaneka untuk semua golongan merupakan kemuncak aktiviti.
Aktiviti kanak-kanak
Remaja lumba lari dalam guni.
Bapa main boling kelapa muda
Ibu baling gelang rotan
Aktiviti hari keluarga diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Semua dapat hadiah.
Terima kasih kepada jurukamera rasmi (sukarela) hari Keluarga iaitu Omar.

Sebelum pulang kami sempat menyewa kayak dengan bayaran RM15 sejam sahaja. Puas berkayak hinggakan ada yang hampir termuntah dialun oleh ombak.
Jumlah R (120) B (165) L (140) = 7.08 jam

Monday, May 5, 2008

A Famosa triathlon

Isnin 28 R'akhir
Hari ini terasa sedikit selsema, mungkin terlebih latihan semalam/minggu lepas. Lagi pun semalam kepanasan agak melampau. Harap-harap ianya tidak berlarutan. Dah mimpi2 nak masuk A Famosa triathlon.
R (30) Renang pemulihan di UNITEN (1x500, 3X100, 1X200).

Selasa 29 R'akhir
B (45) Kayuh ke pejabat pergi-balik
L (20) Petang, berjalan dan berlari sekitar rumah (selsema masih belum hilang)

Rabu 1 J'awal - Rehat
B (20) kayuhan ringan untuk biasakan dengan pedal baru dan tayar baru (selsema masih belum hilang).

Khamis 2 J'awal
Alhamdulillah hari ini selsema dah hilang, tapi bangun pagi masih terasa lenguh dan sengal badan. Harap dapat pulih sepenuhnya, kalau tak melepaslah A Famosa tahun ni.
L (60) Petang, lari sekitar rumah

Jumaat 3 J'awal
B (25) Kayuh ke pejabat (pergi)
R (30) Renang kat UNITEN (petang)

Sabtu 4 J'awal
B (30) Pagi buat perlonggaran sendi2 dengan berjalan bersama isteri dan anak sekitar rumah.
1130 bertolak ke A Famosa. Kesesakan trafik yang teruk sebelum simpang Seremban disebabkan lori membawa besi terbalik. Biasalah sikap rakyat Malaysia, bila sesak, masing-masing berasak-asak ingin ke depan dan menggunakan lorong kecemasan tanpa segan silu. Tak tahan bersesak, kami singgah makan dan solat di Hentian Rehat Seremban.

1500 Daftar triathlon dengan bayaran RM60 (jarak olimpik). Dapat baju-T, powerbar, kupon makan malam dan no. perlumbaan.Peta A Famosa. Acara renang dilakukan di tasik buatan manusia A Famosa. Basikal mengelilingi kampung berdekatan dan berlari sekitar A Famosa.
1530 Daftar masuk hotel Tampin dengan bayaran RM45

1800 Membiasakan dengan air tasik tempat triathlon bermula. Air sedikit berbau.
Ahad 11 Mei - Triathlon bermula R=1.5km, B=40km, L=10km.
0515 bangun, buang air dan mandi.
0545 solat subuh
0630 keluar hotel
0710 tulis no. 407 kat badan.
Kat belakang tu antara orang kuat kategori 50+. Tak ramai kategori ini cuma 13 orang saja. Tapi tak senang nak dapat no. 1-3. Aku tak pasti siapa yang menang kategori ni, tapi aku rasa mat salleh belakang tu, jepun mr. sam dan seorang cina.

0807 Renang bermula. Agak sesak dan banyak perlanggaran, perlu tenangkan. Perlu buat 2 pusingan. Pusingan pertama ialah pusingan penyesuaian. Pusingan ke 2 baru boleh memecut dan kawal rentak.
Memang mencabar berenang dalam kelompok yang ramai beginiYang dah mengaku kalah atau kejang otot diselamatkan oleh penyelamat.
0841 Naik ke darat. Mat Salleh dan Cina Singapura ni yang pertama siap berenang (20 min saja). Aku tak teringgal jauh sangat masa renang.
0848 mula gatih-agak lama masa transisi (7 min) kerana kesukaran memakai baju yang ketat dengan badan yang basah dan pin no. tertanggal. Akan datang kena ubah strategi. Sudah mula dipotong orang. Satu veteran sudah memotong.

1010 Tamat basikal

1011 Mula hungga. Aku agak lemah dalam hungga, ramai yang memotong aku. Satu lagi veteran memotong aku. Aku jangka kedudukan dalam kategori 50+ ialah no. 6 atau 7.
1113 Tamat hungga/triathlon

R (34) 1.5km = 2.6km/j, B (82) 40km = 29km/j, L (62) 10km = 9.6km/j. Jumlah masa keseluruhan yang aku ambil ialah 3 jam 6 min tanpa apa-apa kecederaan kecuali terasa sedikit ketegangan pada otot betis.

Terima kasih Omar kerana telah berkorban untuk mengambil gambar abahnya, nanti kat Desaru abah amik gambar Omar pulak.

Jumlah latihan minggu ini ialah R (94) B (172) L (182) = 7.47 (7.08).

Rumusan
Terdapat peningkatan stamina diriku setelah menjalani 17 minggu latihan 'half ironman', walaupun aku tidak mengikut sepenuhnya saranan yang diberikan, cuma aku kekalkan jumlah jam latihan dalam seminggu. Aku masih ingat semasa membuat raptai untuk triathlon PD 2 tahun lepas, aku ambil masa 4 jam untuk tamatkan jarak olimpik dan di hujung penamat aku dapati sedikit kepedihan pada dada - tanda ada sedikit 'clog' pada saluran darah jantung. Tapi alhmdulillah, tiada lagi kesakitan sedemikian. Aku akan cuba kekalkan senaman begini (renang, basikal dan berlari) secara berkala, mungkin dengan sedikit pengurangan keamatan tapi sekurang-kurangnya 5-7 jam seminggu. InsyaAllah kalau ada rezeki nak masuk lagi triathlon Kenyir dan Desaru. Kat PD tu kalau ada raptai (percuma) aku akan ikut sama.

Berikut ialah keputusan resmi perlumbaan seperti yang disiarkan pada 21/5/08 di laman http://www.triathlonmalaysia.com/


Berikut kedudukan 10 teratas keseluruhan


Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 142 daripada 208 penyertaaan (tidak termasuk 'relay'). Kedudukan renang ialah 86, basikal 130 dan lari 162. Memang aku sangat perlahan dalam acara lari.

Monday, April 28, 2008

Minggu ke 16

Isnin - rehat

Selasa, R (45)
pemanasan: 200 selang seli bebas/kuak dada
utama: 400, 4 x 100, 300, 3 x 100 - NFS 4/NFS 7
penyejukan: 200

Rabu
B (50) : pemanasan dan penyejukan 10min
pendakian di bukit 3 min, ulang 6 kali dengan NFS 7 (UKM)

R (20) : renang (UKM) pemulihan selepas kayuh.

Khamis
L (30) Lari sekitar rumah
B (60) Berbasikal gunung sekitar Sg. Merab/Teras Jernang


Jumaat
R (60)
pemanasan: 200 selanjar
utama: 4 x 500 pada Nafas 4
penyejukan: 200

Sabtu
L (65) Berlari ke Tasik Cempaka dan balik (Nfs 2-3).
B (60) Basikal jalan sekitar Bdr Baru Bangi.
pemanasan dan penyejukan 10min
pendakian di bukit 2-3 min, ulang 6 kali dengan Nfs 6-8.

Persediaan A Famosa triathlon: Satu bilik di Hotel Tampin (06-4411138) telah ditempah melalui telefon dengan kadar RM45 semalam. Omar dah bersetuju untuk jadi jurufoto. Aku dan Omar akan ke A Famosa untuk pendaftaran pada petang Sabtu 10/5/08.

Ahad
B (240) ikut PCC kayuh basikal gunung di Bandar Teknologi Kajang.

Kayuh dari rumah ke Taman Teknologi Kajang (30 minit). Kayuh bersama kumpulan PCC http://www.pcc-cycling.freeservers.com selama 3 jam. Kemudian berpisah di persimpangan ke Taman Universiti, aku terus pulang ke rumah (30 min).
Awal kayuhan dengan PCC dimulakan dengan pendakian sehinggakan kebanyakan terpaksa tolak basikal. Tegang urat labu betis walaupun berjalan tolak basikal. Kemudian menurun bukit curam, kelebihan kepada basikal berpenyerap hentak dual. Aku sendiri tak berani menuruni curam dengan berbasikal, aku tolak je. Lagipun lama tak main basikal gunung ni jadi gayat pulak bila tengok cerun curam. Agak memenatkan juga kali ni dengan cuaca semakin panas. Tiba di rumah jam 12:30 tghari. 1.5 liter air kosong, 7 biji kurma, 6 keping biskut tawar dan pepsi twist 0.5 liter dihabiskan.

Jumlah R(125), B (410), L (95) = 10.50 (sasaran 7.50). Minggu ini agak terlebih latihan.

Saturday, April 19, 2008

Bali

Basikal digunakan untuk mengutip sampah di Bali.

21-27 April
21/4 Isnin R (45). Renang di kolam hotel Mawar Putih, Legian, Bali. Hotel ini hanya 100m dari tempat letupan bom terbesar di Bali tahun 2002. Boleh masuk kolam se awal 0630 pagi sehinggalah malam jam 2300. Sebelum sarapan aku dah masuk kolam. Waktu tu pekerja hotel masih dok bersihkan kolam. Sebenarnya aku ke Bali untuk mengikuti Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti yang berkaitan ISO 17024 (akreditasi badan persijilan) dan ISO9712 (latihan dan persijilan Ujian Tanpa Musnah, NDT) yang di biayai oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi mengharmoni program latihan dan persijilan personel NDT negara-negara anggota yang terdiri dari Australia, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Korea, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura dan China. Australia (Aus Institute of NDT) merupakan negara pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan ISO 17024.
Sebahagian peserta bengkel ISO 17024.
22/4 Selasa
545-715 berjalan ke pantai dengan Isaac, 60 (Canada), David, 68 (Australia), Rena (Indon), Nitis (Indon) dan Romales (Msia).
725-740 renang di kolam.
1730-1830 L [60] lari di pantai
1900-1930 R di kolam
23/4 Rabu
610-700; L [50 min]
710-730; R [20 min]
Persembahan kebudayaan di Ubud.

24/4 Khamis
610-710 L 60
722-752 R 30
Petang, kami dibawa melawat ke Uluwatu untuk melihat matahari jatuh. Cantik tempat ini. Banyak kera di sini. Kaca mata aku hampir disambarnya.

Malam kami dibawa makan malam di Jimbarang, makan makanan laut.
25/4 Jumaat
630-730 R 60 di kolam.

Petang bersiar ke pantai Kuta sambil mengambil gambar.

Pandangan menarik waktu senja di pantai Kuta.Entah apa yang dijunjung oleh mak cik ni, mungkin ubat urut atau alat membuat tatoo. Banyak aktiviti di pantai ini, ada yang joging, memancing, berurut, bertatoo, bermain papan luncur, dll.

26/4 Sabtu

Lari ke pantai L (15) dan renang R (15) di laut bersama peluncur.
David Barnett ni guru kami bagi bengkel di atas. Beliau ialah Presiden, Institut NDT Australia dan pengerusi Lembaga Akreditasi. Walaupun sudah berumur 68 tahun, tapi masih cergas dan mampu memberi kuliah sehari suntuk. Setiap pagi beliau akan berjalan di pantai Kuta selama lebih 1 jam. Beliau mula bersenam seawal 5:30 pagi. Pernah 6 kali masuk marathon, tapi kecederaan lututnya tidak membolehkan beliau berlari lagi.
Setiap pagi ramai yang berjalan atau joging di pantai Kuta. Ramai orang putih terutama Australia yang melancung di sini.
Tengahari betolak pulang ke rumah. Seronok juga di Bali. Memang Bali tempat rehat. BALI=Banyak Libur.

27/4 Ahad B (120)

Kayuh bersama Zamani dan Abg Razak (Bukit Unggul, Teras Jernang, Sg. Merab, Kg Datuk Abu Bakar Baginda, Putrajaya, Dengkil, Bkt Unggul) walapun tak lama tapi cukup memenatkan.

Jumlah R (170) B (120) L (245) = 8.92 (sasaran 8.25)