Wednesday, July 4, 2007

Berkereta di UK


Selasa 3/7/07 - Segalanya mudah di UK, cuma sediakan duit. Kita boleh menyewa kereta untuk berjalan-jalan. Pagi ini kami menyewa kereta untuk melawat tasik yang terbesar di UK iaitu di Windermere. Sewa kereta 28 pound (yang termurah) sehari 24 jam, isi petrol 30 pound untuk perjalanan lebihkurang 300km. Syok jugalah dapat memandu kereta 'sport', kereta baru. Panduan peta untuk perjalanan kereta boleh kita rujuk di laman http://www.theaa.com/ Untuk menyewa kereta boleh cari Arnold Clark, Enterprise, dll. Biasanya mereka tanya nak amik insuran dengan tambahan 10 pound. Tapi aku tawakal tak amik kerana nak jimat atas nasihat pelajar yang dah biasa menyewa kereta. Katanya insyaAllah tak ada apa-apa, orang di UK bawa kereta selamat, kalau cuma untuk sewa sehari tak payah katanya. Memang di sini orang bawa kereta penuh bersopan, mereka tidak memotong barisan, mereka patuh arahan had laju.
Kereta jenis Renault, boleh pecut sehingga 150km/jam dengan selesa. Atas lebuh raya M6 boleh pergi lebih laju tapi aku takut kena saman.

Sesuatu yang baru bagiku, kunci kereta elektronik. Pada permulaan aku dimaklumkan cara menggunakan kunci iaitu untuk 'start' dan 'stop'. Untuk kuncikan kereta ni, aku ambil masa dan membuat beberapa percubaan. Bila kunci ni berada dekat kereta atau pintu tak ditutup rapat, pintu akan berada dalam keadaan terbuka. Jadinya setelah mengunci, aku berada jauh sedikit dari kereta dan meminta anak untuk menguji adakah pintu telah benar-benar terkunci.


Selesa memandu di lebuhraya dengan papan tanda yang mudah difahami. Sebenarnya tentang papan tanda ni boleh buat satu PhD. Ada kawan di UKM, pernah buat PhD dalam bidang kejuruteraan dengan tajuk papan tanda trafik.


Pemandangan di tasik Windermere. Seperti di taman Hyde, London di sini pun banyak spesis burung - itik, angsa, merpati, dll. Boleh naik kapal atau feri untuk mengelilingi tasik.


Jeti untuk menyewa kapal


Perahu layar.

Tuesday, July 3, 2007

Kedai basikal di London

Peta London menunjukkan sebuah kedai basikal yang ditemui di London. Banyak juga barangan basikal dijual seperti baju, seluar, tayar, rim, basikal, beg, dll. Cuma kalau ditukar ke RM terasa juga mahalnya. Kadar tukaran sekarang ialah 1 pound = RM6.89.

Monday, July 2, 2007

Gambar sekitar London

Ahad 1/7/07 - Kami berjalan sekitar tempat menarik di London. Beli tiket tiub untuk merayau satu hari kawasan London dengan harga 5.10 pound seorang. Kami merayau bermula 8pagi dan tamat 5ptg. Waktu solat di London sekarang ini - subuh 3:30, terbit matahari 4:45, zohor 1:30, asar, 5:30, maghrib 9:30 dan isyak 11mlm. Kami masih boleh jamak dan qasar iaitu bagi zohor dan asar dan bagi maghrib dan isyak. Pukul 9:00 mlm baru kami bertolak ke Liverpool dengan menaiki bas. Kira-kira 5 jam juga perjalanan. Tiket bas lebih murah berbanding k/terbang atau k/api, iaitu 8 pound seorang.
Awek ni sedang kayuh basikal sekitar Trafalgar square. Berkayuh basikal di sini merupakan perkara biasa dan basikal adalah antara kenderaan utama.
Polis berkuda yang berkawal sekitar istana Buckingham.
Rumah lama di taman Hyde dibina sejak tahun 1898.
Istana Buckingham ini dikunjungi ramai orang hanya untuk melihat perbarisan pukul 1100 iaitu detik pertukaran pengawal yang tegak berdiri di pintu masuk istana.
Beginilah banyaknya spesis burung di taman Hyde. Kalau keadaan begini ada di Malaysia mungkin dah lama lenyap itik dan angsa tu disembelih.
Harga petrol di London 0.989 pound = RM6.81 seliter.
Sudut pengucap di taman Hyde. Di sini seseorang boleh bercakap apa yang dia suka. Pernah saya tengok satu ketika seorang padri memberi ceramah yang didengari oleh 2 orang.
Sesuatu yang baru di London, semacam kat Tasik Titiwangsa.
Tower bridge yang masyhur.

Joging di London

Sabtu 30/6/07 - Aku dan isteri bercuti ke England atas ajakan anak supaya menghadiri upacara konvokesyennya di Universiti Liverpool. Jadi kami pun ambil cuti dari 29 Jun - 17 Julai 07. Belanja tiket k/terbang MAS lebih kurang RM4500 seorang. Tiada tiket tambang murah untuk musim panas ini. Petang jumaat 29/6/07 kami tiba di lapangan terbang Heathrow, kemudian dengan menaiki k/api bawah tanah (Tiub) kami menuju ke tempat penginapan di Dewan Malaysia di Bayswater. Tambang tiub 4 pound seorang. 2 malam kami tidur di Dewan Malaysia dengan bayaran 12 pound seorang semalam. Hari ini subuh pukul 3:30 pagi dan 4:45 pagi matahari dah terbit. Lepas subuh aku tak dapat tidur, jadi seawal 6:00 pagi kami sudah merayau-rayau dan berjoging di taman Kensington.

Basikal roda 3 di Jalan Oxford, London. Aku terserempak dengan 4 buah basikal macam ini, tapi tak ada penumpang.
Inilah Dewan Albert tempat Dato' Siti Nurhaliza pernah menyanyi.

Tupai sekitar taman Kensington dan Hyde.

Tasik di taman Kensington. Banyak itik, angsa, gagak dan merpati menginap di sini.

Peta ringkas GPS sekitar taman Hyde dan Kensington. Puas aku mencari di internet peta jalan England yang lebih lengkap tapi tak jumpa. Tidak macam negeri kita, kita boleh muat turun secara percuma melalui laman malsing.com dengan peta jalan yang agak lengkap terutama peta KL dan Selangor.

Tuesday, June 26, 2007

Joging di Johor Baru

Isnin 25/6/07 - Jika berada di JB, bolehlah singgah untuk berjoging di Kebun Bunga bersebelahan Zoo JB dan berhadapan JB waterfornt. Ramai orang berjoging di sini. Cuma nak letak kereta saya kurang pasti. Saya meletak kereta di sebelah Zoo untuk mengelak kesesakan.

Sunday, June 24, 2007

HOA-Goh Tong Jaya

Ibrahim Hasan (kanan) dan Faizal (kiri) bergaya dengan basikal masing-masing. 100+ botol besar kongsi 3 orang.


Ahad 24/6/07 - Aku, Ibrahim dan Faizal berkayuh dari hospital orang asli, genting sempah dan goh tong jaya sejauh 50km pergi-balik. Aku kayuh pelan-pelan saja ambil masa 2 jam untuk sampai ke Goh Tong Jaya. Cuaca kat Goh Tong Jaya redup dan agak sejuk hari ini. Kami berehat dan minum kat restoran genting sebelah hotel sri malaysia. InsyaAllah lain kali kami mahu kayuh dari Genting Sempah ke Puncak Genting pula (jarak lebih kurang 17km). Terasa kepuasan bila berkayuh mendaki bukit, walaupun perlahan tetapi degupan jantung cukup tinggi. Saya akan cuba kekalkan sekitar 150 dan ke bawah. Orang tua-tua kena macam tu je lah.

Mesyuarat KOBANGI

Sabtu 23/6/07 - Aku hanya buat senaman pendek hari ini sebab pukul 1000 ada mesyuarat agung KOBANGI (Koperasi penduduk bandar baru bangi) yang ke 11. Aku berlari dan berjalan bersama isteri di trek stadium bangi sebanyak 16 pusingan (16x0.4 = 6.4km). Lama dah tak pi mesyuarat agung ni. Pengerusinya Dato' Dr. Mohd Nor. Tak ramai ahli hanya 222 orang saja. Sesiapa yang berminat bolehlah jadi ahli. Bayaran minimum RM100. Sekarang ini ada projek 2, iaitu membeli rumah kedai di bandar baru bangi dan menyewakan. Satu syer berharga RM1000. Dividen insyaAllah 10%.