Wednesday, December 9, 2015

Bekam Overhaul

Alhamdulillah petang tadi selesai berbekam selepas kira-kira 5 bulan. Paling banyak titik bekam kali ini. Lebih 20 titik. Belakang badan, kepala, punggung, paha dan dada.

Monday, November 2, 2015

FitMalaysia bersama YB KJ

Sudah lama tak berkayuh di Gombak/Genting Sempah. Mengambil peluang kayuh sebelum ke Kemaman bersama YB KJ dalam program FitMalaysia.

Tuesday, October 27, 2015

Kembara Motosikal Okt 2015

Kembara (26-30 Okt 2015) bermula dari Kg Salak ke destinasi berikut:

  1. Sekayu, Kuala Berang 300km
  2. Pulau Banding 376km
  3. Kg Salang, Perlis 294km
  4. Kg Pasir Salak, Perak 330km
  5. Cameron Highland 114km -Salak 428km
Jumlah jarak kembara 1728km

Wednesday, October 14, 2015

Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharram 1437H

Semuga tahun baru mengingatkan usia semakin meningkat dan kematian semakin hampir. Ya Allah ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapa ku, guru-guru ku dan seluruh umat Islam. Sempena cuti awal muharram aku berkayuh bersama anak saudara along. Kami berkayuh ikut kebanyakan laluan Xterra 2013.


Berhenti minum di Jenderam - kira2 separuh kayuhan.

Wednesday, August 19, 2015

Menunggang motosikal dari Salak ke Pasir Puteh

Pada 14 Ogos lalu aku memberanikan diri menunggang motosikal secara solo ke Pasir Puteh, Kelantan untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara.
 Berhenti rehat (mengantuk) di wakaf sekitar persimpangan Dabong, jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Sarapan pagi 0730 di kawasan rehat Gua Musang.

Saturday, August 8, 2015

Jamboree Batu Bersurat

Seronok ke Kuala Berang yang mempunyai cuaca yang sedikit sejuk, pemandangan menarik, makanan kampung yang sedap-sedap. Itulah antara tarikan untuk ke sana walaupun perjalanan yang agak jauh, kira-kira 6 jam berkereta.





 Pertama kali jumpa rakan kayuh orang NDT di jamboree basikal gunung. En Fadli dari NDE consultancy Sdn. Bhd.


Aku rasa air madu ini benar-benar melawaskan tenaga ku kali ini.



Monday, August 3, 2015

Ride4Heart

Kayuhan amal anjuran Intel telah dilaksanakan pada 2 Ogos di Intel Pulau Pinang.







Friday, July 17, 2015

Selamat Hariraya Maaf Zahir Bathin

Kayuhan keliling Tasik Putrajaya


1 syawwal 1436
Malam raya
 Masjid Bandar Baru Salak Tinggi

Berbekam pada 27 ramadhan

Monday, June 22, 2015

Senaman di bulan ramadhan

Senaman di bulan ramadhan termasuklah solat malam, kayuhan dan joging ringan. Kayuhan biasanya dilakukan semasa ke masjid atau petang-petang sebelum berbuka. Joging pula ialah berjalan kaki ke masjid. Alhamdulillah dengan berbuat begini kecergasan dan ketenangan dapat dikekalkan. Termasuk juga dalam senaman atau pergerakan badan ialah berkebun - membuang rumput liar dan menaman pokok-pokok herba. Antara pokok herba yang ditanam bulan puasa ini ialah pokok telang (pokok nasi kerabu). Berbagai pokok jual dijual di pasar minggu salak. Antara yang aku telah beli dan tanam ialah misai kucing, kunyit, bunga kantan.
Pokok Misai Kucing
Pokok Telang (nasi kerabu)


Saturday, June 6, 2015

Hari Keluarga 3-5 Jun 2015

Alhamdulillah selesai sudah program hari keluarga di Pulau Perhentian. Syukur semuanya selamat.
 Sesi bergambar anak dan menantu arwah mek.
 Penyu berenang
 Bot ke Pulau
 Joging di trek hutan
 Bersnokerling di Pulau Rawa
 Pulau Rawa
 Pulau Rawa
 Makan di restoran kampung, Perhentian Kecil


 Trek hutan di Perhentian Besar
 Cendawan Susu Rimau?
 BBQ
 Sesi bergambar semua yang hadir
Trek hutan Perhentian Besar