Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawwal 1435

Taqabbalallahu minna waminkum. Semuga Allah menerima amalan kami dan anda semua. Selamat hariraya maaf zahir dan bathin. Tahun ni beraya di Perlis, solat sunat raya di masjid Tuanku Putra Syed Jamalullail, Kangar. Lepas makan-makan kami ke Jitra, ziarah sanak saudara.
Kemalangan kecil semasa balik kampung ke Utara. Sikap pemandu yang gelojoh dan suka ikut rapat.
Hidangan berbuka di Perlis...
Isipadu perut sekitar 2000ml. Jadi bahagikan makanan mengikut kadar yang sesuai...1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. InsyaAllah sehat.
 Takbir sebelum solat sunat hari raya di masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.
Laluan mengelak kesesakan sekitar Jeli, Bukit Bunga, Tanah Merah dan Machang

 Tasik Banding (Raya ke 2 ke Kelantan)
 Kenduri masak gulai kambing
 Singgah minum di tepi pantai Penarik dalam perjalanan pulang

Keluarga Pauzi

Wednesday, July 9, 2014

Renang di bulan ramadhan

Kali pertama aku berenang di bulan ramadhan. Sebelum ini agak ragu untuk berenang di bulan berdasarkan fatwa. Bagaimanapun setelah membaca fatwa Dr Maza di facebook, keyakinan untuk berenang dalam keadaan berpuasa semakin kuat. Tak ada masalah tertelan air. Tiada juga air masuk telinga kerana kebiasaan aku memakai plug telinga ketika berenang agar tiada gangguan rentak pernafasan semasa berenang. Begitu juga aku tidak berkentut.

Aku masih merasakan bahawa selagi perkara di atas tidak disengajakan, maka apa salahnya. Setelah 30 min berenang terasa juga kering tekak walaupun badan terendam dalam air.





Sunday, July 6, 2014

Bekam pulihkan demam

Kali ini aku awalkan sedikit rutin berbekam bagi tujuan memulihkan demam yang agak berpanjangan. Demam yang berulang selepas seminggu dibimbangi ianya dengue. Khabarnya bekam dapat memulihkan darah merah yang rosak akibat virus. Nabi saw dikatakan berbekam selepas termakan daging beracun.
Jadi pada hari rabu malam khamis (5 ramadhan) aku pun berbekam di tempat baru, 15, Jalan 1/4A, Bandar Baru Bangi 011-21282023.Lain pembekam lain pula titik-titik bekamnya.
Alhamdulillah demam dan lenguh-lenguh badan hilang, cuma batuk masih belum pulih sepenuhnya.