Tuesday, August 31, 2010

Merdeka !!!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Tahun ini dan tahun lepas kita menyambut kemerdekaan di bulan ramadhan secara sederhana.

Bagaimanapun kemerdekaan sebenar ialah seperti maksud surah yaasin seperti berikut
[60]“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

Begitu mukaddimah kuliah subuh Ustaz Nursalam di surau al-madani pagi ini. Kita akan jadi merdeka jika kita tidak menyembah selain Allah. Kita jadi hamba Allah yang sebenar, bukan hamba kepada harta, pangkat, manusia, nafsu dan seumpamanya. Inilah yang dikatakan merdeka hakiki.

Monday, August 9, 2010

LIMBC2010

Alhamdulillah aku selamat menyertai Langkawi International Mountain Bike Challange (LIMBC) 2010 yang telah diadakan pada 26 dan 27 Syaaban 1431 di Kg Tok Senik dan Pelabuhan Telaga. Aku, isteri dan anak (Omar) telah mula tiba di Langkawi pada petang Jumaat dan menginap di hotel Bella Vista untuk 2 malam dengan bayaran RM250. Hari jumaat aku kena daftar masuk perlumbaan di Kg Tok Senik. Dari hotel aku berkayuh ke Kg Tok Senik sejauh 7km untuk pendaftaran (RM25 -pendaftar awal), dapat sehelai baju-T. Pendahuluan RM50 dikenakan untuk cip pengesan yang dipulangkan semula selepas perlumbaan. Petang jumaat aku sempat mencuba jejak laluan perlumbaan. Ianya agak teknikal dan sesuai untuk orang muda. Orang tua macam aku ni dan tak larat mendaki curam yang tegak dan agak teragak-agak untuk menuruni curam. Jadi kebanyakannya aku tolak basikal -mendaki dan menurun. Burung helang jinak boleh dilihat dengan mudah di Pulau Lengkawi. Khabarnya nama langkawi mengambil sempena helang. Semuga helang tidak pupus di Langkawi.
Bergambar sama isteri sebelum perlumbaan.
Pulau Langkawi yang cantik. Tentu menarik jika boleh buat kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi. Pelabuhan Telaga

Peta laluan acara rentas kebun (XC). Masa terbaik aku hanya dapat buat 1 jam 30 min bagi 3 pusingan (11.5km). Itupun pada pertengahan pusingan ke 3 telah dihalau keluar, kerana acara wanita terbuka akan dimulakan.
Peta laluan bagi acara hari ke 2 iaitu acara ketahanan/kecekalan (endurance race). Dalam acara ini peserta dikehendaki membuat kayuhan selama 6 jam. Aku agak sedih kerana tak dapat membuat kayuhan tahan lasak ini. Hanya sempat buat 2 jam 15 min untuk 4 pusingan (27km), kerana perlu balik awal untuk mendapatkan feri sebelum jam 7 ptg. Jika aku teruskan kayuhan sehingga jam 5 ptg tentunya tidak sempat untuk pulang. Tempat kayuhan cukup menarik - gabungan bukit dan pantai. Komen negatif aku bagi penganjuran kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini ialah program berubah-ubah dari jadual asal. Untuk acara ketahanan ini jadual asal ialah jam 9 pagi tetapi diubah kepada jam 11 pagi. Yang kesihan ialah bagi acara wanita terbuka, yang didahulukan 2 jam lebih awal dari masa sebenar. Selain itu maklumat terkini tidak dikemaskini di laman sesawang menyebabkan kita kepenatan mencari jawapan. Ini bermula sejak hari pendaftaran. Aku terpaksa berkayuh ulang alik 2 kali untuk ke tempat pendaftaran. Waktu rehat 12-3 cukup lama bagi acara bertaraf antarabangsa. Wanita dan musafir tidak diwajibkan sembahyang jumaat.

Komen positif ialah tempat perlumbaan di Pulau Langkawi cukup menarik, bayaran yang murah dan penggunaan cip mengesan pelumba. Segala kelemahan boleh diperbaiki.

Seronoknya ada juga. Isteri dapat beli pinggan mangkuk. Omar dapat ambil gambar-gambar menarik. Aku sendiri selain dapat mencuba jejak basikal di Langkawi juga dapat makan makanan tempatan, nasi campur Langkawi dengan ulam-ulam segar, sedap dan wangi penuh aroma yang tidak aku jumpai di Bangi. Harga makanan di restoran Melayu cukup berpatutan. Makan tengahari dengan kos sekitar RM5 sahaja seorang. Jadi kalau ke Langkawi makanlah di kedai makan orang tempatan (tidak termasuk makanan ala Thai). Kualiti makanan terjamin -tanpa pengawit, pewarna tiruan dan betul-betul asli ciptaan Allah yang tidak banyak diubah.

Berita sedih - kita ucapkan takziah kepada keluarga rakan kayuh yang meninggal dunia semasa berkayuh untuk ke tempat pendaftaran. Semuga Allah mengampuni dan merahmati arwah. Allahumma firlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu.

Gambar ehsan OMP production.

Keputusan bagi kategori aku yang dipetik dari LIMBC.
Endurance Masters
Comminique: 12
Date: 08/08/10
Time: 1900 HOURS
No. Of Starters: 684
RK Plate No Name Country/Team Time Lap
1 831 Farizul Zulkifli Kuala Lumpur 8
2 837 Zulhilmi bin Kamaruddin Kedah 8
3 846 Andrew Bell Singapore 6
4 809 Ong Seng Aun Kedah 6
5 915 Jakri B Jamaludin Perlis 6
6 850 David Spence Kuala Lumpur 5
7 914 Zaidi Fadzin bin Hamid 5
8 877 Frank Viermann Penang 4
9 855 Khairil Anuar B. Ab Samad Kuala Lumpur 4
10 918 Ismail bin Zahari 4
11 885 Mohamad Pauzi Ismail Selangor 4
12 828 Idarus B Fadzil Kedah 3
13 826 Hing Kim Soon Penang 3

Sunday, August 1, 2010

Kelawang loop

Pagi ini berkayuh basikal jalan bersama kumpulan Maplay - Ibrahim, Yazid, Azlan dan Zairi. Laluan ialah Tekala-Broga-Lenggeng-Bukit Tangga (Jeram Toi)-Kelawang-Titi-Bukit Naga (Peras)-Empangan-Tekala = 119km. Tempoh kayuhan 5 jam 10 min. Kelajuan maksimum 74.8km/jam (Bukit Lenggeng). Halaju purata 22.6km/jam. Cuaca baik dan sedikit mendung.
Peta laluan
Profil laluan (disalin dari Yazid) menunjukkan 2 bukit utama: bukit tangga dan naga.

Sarapan di pekan Lenggeng. Masih segar.Pun masih bertenaga lagi di Bukit Tangga
Baru separuh perjalanan. Zairi yang tak sihat kerana sakit perut nampak agak kepenatan. Bagaimanapun alhadulillah semuanya selamat.

Gambar ehsan Yazid.