Sunday, July 26, 2009

Bandar Baru Bangi- Kelawang


Ahad 3 Syaaban - Pagi ini aku telah membuat kayuhan solo basikal jalan : Bandar Baru Bangi-Kajang Hill-Bandar Teknologi Kajang-Semenyih-Tekala-Genting Peras-Titi-Kelawang-Lenggeng-Beranang-Jalan 6'-Sg Kembung-Bangi Lama-Bandar Baru Bangi.
Masa mula: 0820
Masa tamat : 1615
Bahanapi : Sebelum kayuh-Sarapan 2 biji telur, sandwich tuna. Semasa kayuh- 1.5 liter kosong, 1 tin 100+, 1 botol kecil 100+, 1 biji kelapa muda wangi, 1 gelas air tebu, 1 power bar, 1 power gel, 2 roti krim. Selepas kayuh- beberapa gelas air soya dan milo ais, makan nasi n lauk, makan KFC 2 ketul. Lega dan pulih selepas bini urut seluruh badan menggunakan minyak kelapa dara 'aromatherapy'.
Jarak laluan: 141 km
Halaju purata: 21km/jam
Halaju minimum: 6km/jam
Halaju maksimum: 66km/jam
Tempoh kayuhan: 7 jam
Rehat: Peras, Kelawang (stesen Petronas), Simpang Jeram Toi/Lenggeng (kelapa muda wangi)
Peserta: solo
Pekan Kuala Kelawang. Cuaca mendung, kebanyakan laluan teduh. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat.

Saturday, July 25, 2009

Latihan Bulan Rejab

Seperti bulan lepas latihan di bulan rejab agak kurang. Purata 0.79 jam sehari. Kebetulan bulan ini banyak mesyuarat, kursus, seminar dan bengkel. Aktiviti utama yang sempat disertai ialah triathlon ATM, kayuhan di FRIM dan Tekala-Bt 14-Peras. Yang lain hanya latihan ringan sekitar 30 min sahaja.
Pantai Tanjung Biru, Port Dickson yang bersih dan jernih air cukup sesuai untuk latihan renang. Airnya cetek dan tenang, selamat dan selesa seolah-olah macam kolam renang.
Prof Dr Vavilov pakar termografi infra-merah IAEA dari Rusia seronok berenang di sini. Bagaimanapun katanya airnya panas (27 C). Di tempatnya Tomns kebanyakan cuaca sejuk dan laut mati ialah laut terdekat. Laju juga dia berenang gaya kupu-kupu, tak terkejar aku.

Saturday, July 11, 2009

Cyberjaya

Sabtu 18 Rajab - Berkayuh ke Taman Tasik Cyberjaya (30km). Berjalan-jalan bersama keluarga di sini sambil mengambil gambar dan menikmati keindahan taman ini, kemudian berenang (30 min) di Universiti Multi-media (MMU). Awal-awal pagi dah kemalangan (Cyberjaya). Kesihan!!.
Taman Tasik Cyberjaya sesuai untuk berjoging.
Kolam Teratai Bunga teratai berbagai warna di tasik ini.
Jadual penggunaan kolam MMU. Tak ramai yang berenang di sini. Mungkin ramai belum tahu. Kebanyakan gambar diambil oleh Omar

Sunday, July 5, 2009

FRIm trail

12 Rajab 1430 - Lepas triathlon minggu lepas, hari ni baru berpeluang kayuh bersama PCC di FRIM. Isnin hingga sabtu, kebanyakannya berada di hotel kerana mengikuti persidangan INC09 (Persidangan Nuklear Antarabangsa) dan mengikuti kursus Pengurusan Pengetahuan Nuklear. Lega dapat berkayuh dan berpeluh.
Berkumpul di hospital kusta Sg. Buloh. Taklimat oleh ketua rombongan. Pesanan agar semua pengayuh berkumpul semula di simpang agar kayuhan berkumpulan dapat dikekalkan. Untuk masuk FRIM bayaran RM3 dikenakan setiap orang. Nanti ada kakitangan FRIM menunggu di laluan masuk
Puncak yang paling mencabar di FRIM dengan ketinggian 350m. Walaupun seminggu tak kayuh, masih ada stamina untuk kayuh tanpa henti ke puncak.
Kul 10 berhenti rehat di kafeteria FRIM. Semua nampak cukup berselera selepas cabaran bukit. Profail ketinggian laluan FRIM sejauh 22km. Ketinggian maksimum ialah 350m. Kelajuan purata 7km/jam untuk tempuh kayuhan 3jam.
Terpesona dengan kecantikan bangunan pencakar langit di tepi lebuhraya.
Awal bulan Rajab ni paling kurang bersenam, kurang dari purata 1 jam sehari berbanding dengan bulan-bulan sebelumnya.