Monday, December 12, 2011

Bekam 4

Hari ini buat lagi bekam bagi menggenapkan 3X bekam selang setiap 1-3 bulan sebelum ini. Setelah buat kali ke 3, darah masih hitam tapi lendir yang sedikit dan lebih cair. Darah disedut 2x sahaja kali ini berbanding sebelum ini 3X. Sebagai langkah pencegahan rasanya bekam di kepala ini mungkin akan dibuat setiap 3-6 bulan. Tukang bekam cakap setiap bulan pun tak apa kerana sedikit darah sahaja dikeluarkan.
Selain itu aku bercadang untuk berurut seluruh badan kerana urat belakang lutut agak tegang apabila berlari terutama ketika mendaki.

Sunday, December 11, 2011

Biathlon 111211

Pagi ini menyertai acara Biathlon di stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Pertama kali menyertai acara ini. Yuran penyertaan cuma RM45 sahaja. Dimulakan dengan acara renang 800m di kolam yang dilepaskan secara berperingkat bagi 40 orang pada satu masa. Kemudian berlari 3 pusingan sekitar stadium negara, merdeka sejauh 7km.
Renang kira sederhana, tak lah perlahan sangat 18 min. yang ke 4 kategori veteran.
Berlari sangat perlahan 51min menduduki tempat ke 11.

Medal penamat yang agak unik dengan tulisan khat Cina di belakang.

Saturday, December 3, 2011

Latihan Biathlon

Hari ini buat latihan persediaan biathlon - renang dan lari. Lari 70 minit (8km) dan renang 20 minit (=800m gaya bebas) di Presint 6.
Seperti yang ramai mengetahui semalam banjir kilat besar di Kajang. Aku sempat berkayuh dengan memakai baju hujan di tepi Sungai Langat untuk melihat keindahan banjir kilat.
Lembu dan kerbau panik tak tahu macam mana nak menyeberang sungai langat untuk pulang ke kandang di seberang sungai.
Ada yang hanyut dibawa arus, tapi mungkin kembali semula ke tebing di bahagian bawah.
Mereka juga ada ketua untuk diikuti
Jambatan besi lama pun tenggelam, ada kesan sampah tersangkut atas jambatan.