Sunday, July 24, 2011

Triathlon PD 2011


Mula renang 0751, tamat renang 0822. Pelepasan dibuat secara berperingkat. Dimulakan dengan 1000 (0735) diikuti setiap 5 min 2000+(0740), 3000+(0745) dan akhir sekali 4000+(0750). Aku dilepaskan bersama orang-orang tua (50+) dan wanita serta 'relay'. Nombor 4026. Tahun ini jarak renang sebenar agak pendek, sekitar 200m lebih pendek dari biasa kerana air laut surut.
Mula berkayuh, ambil masa 7 min pakai baju, seluar, stokin dan kasut.
Cuba kawal tenaga semasa kayuh. Banyak cucuk angin orang muda.
Tamat kayuh 0947. Walaupun dah cuba simpan tenaga masa renang dan kayuh, tapi bila lari entah kenapa aku cukup lemah, ada ketika kena jalan jugak, tak ada tenaga. Banyak tenaga digunakan untuk angkat dan hayun kaki.
Tamat jam 1103. Catatan masa penganjur ialah 3 jam 24 min (rasanya jam ini diset masa pelepasan pertama. Catatan masa aku ialah 3 jam 12 min. Pencapaian lebih baik dari ATM. Bagaiamanapun masa berlari terpaksa berjalan juga.

Sunday, July 17, 2011

Persediaan PD tri

Semalam dan pagi ini buat latihan triathlon. Semalam kayuh 40km = 110min (rumah ke presint6 dan balik melalui bukit Limau Manis) dan renang 1.5km = 38min. Pagi ini lari sekitar Bandar Baru Bangi sejauh 10km=1jam 25 min.

Sunday, July 10, 2011

Mendaki Angsi







Bersama anak saudara Azmi dan Hafiz mendaki Nuang: Ulu Bendul>Bukit Putus>Puncak>Tangga Batu>Ulu Bendul=14km=4jam.

Saturday, July 9, 2011

Pinggiran Taman Negara, Merapoh










Fox's Cave MTB Jamboree






Bergambar bersama Kumpulan Mahligai sebelum kayuh (OMP production)
Melalui ladang Koko


Depan Tokong Cina
Jambatan gantung
Dapat hadiah. Terima kasih penganjur.

Sunday, July 3, 2011

Bikezooka siri 3



Alhamdulillah hari ini berjaya menamatkan perlumbaan ini bagi kategori 4. Dapat buat 5 pusingan =25km=2 jam 16 min=No. 11.
Gambar dipetik dari Cycling Malaysia