Sunday, March 27, 2011

Kayuhan Sekitar Rumah


Asyik dok kayuh jauh-jauh, rupanya syok juga kayuh sekitar rumah. Jalan agak lengang pada pagi minggu. Kayuh sekejap saja kira-kira 1 jam. Hari ini buat 3 acara: joging (35 min), kayuh (1jam 10min) dan renang (30 min).

Pagi semalam buat kayuhan solo ke Bukit Hantu. Lebih seminggu tak kayuh. Ini kira persediaan kayuh bersama Zamani rabu hingga jumaat ni. Rabu: Kota Damansara ke Fraser Hill. Khamis: Bidur-Cameron Higland. Jumaat: Cameron Higland-KL.

Petang Sabtu ke kedai basikal Jami beli kasut baru dan seluar basikal. Dengar cerita ada rakan kayuh kemalangan maut dilanggar teksi di Lebuhraya MEX. Gerun juga dibuatnya. Memang agak berisiko kayuh di lebuhraya. Aku pernah hampir dilibas lori di lebuhraya LEKAS. Tiba-tiba saja lori ni ke tepi menghampiri basikal ku. Mungkin pemandu mengantuk. Kepada rakan-rakan basikal jalan tu hati-hatilah.

Kasut lama (2003) kasut baru (2011)

Sunday, March 20, 2011

Tomsk, Siberia

Minggu lepas (14-18 April) aku berpeluang melawat Tomsk Polytechnic University di Siberia. Suhu di sana sekitar -10C cukup melemahkan. Bagi penduduk Tomsk tahun ini musim sejuk yang terpanas. Tahun-tahun sebelumnya suhu ialah -40C. Pakaianku yang tidak begitu sesuai dengan cuaca bersalji menghadkan pergerakan aku. Jika joging aku hanya boleh bertahan 30 min sahaja di luar, jika tidak 20 min pun sudah menyeksakan. Sepanjang seminggu aku hanya nampak 2 orang menunggang basikal dengan tayar berbunga tebal. Tak sempat nak ambil gambar kerana hendak mengeluarkn kamera dari poket pun mengambil masa. Khabarnya agak bahaya menunggang basikal atas jalan bersalji.
Peta Tomsk sekitar tempat penginapan (TPU hostel) yang boleh dicapai melalui jalan kaki
Makanan halal (restoran Uzbek) dengan harga RM60 di lapangan terbang Domodedovo, Moscow
Restoran Uzbek di Tomsk. Dengan harga di atas kita boleh makan 5 orang di restoran ini. Jadi kalau ke Tomsk inilah tempat makan halal yang murah. Satu lagi restoran Habibi.
Surau di lapangan terbang Moscow yang tak dibuka pun. Kami sembahyang depan pintu (aman tiada orang lalu lalang)
Masjid Putih di Tomsk dibina pada tahun 1914.
Masjid Merah di Tomsk
Rumah kayu senget depan masjid Putih
Bangunan Institut NDT
Dataran Peringatan Perang 1941-1945
Kucing Russia rumah Prof. Vavilov
Dataran Lenin
Ukiran duit 1 ruble (= RM0.1) di Dataran Lenin
Ukiran bangunan kayu semacam bangunan lama di Terengganu
Lapangan terbang Dubai ialah tempat transit utama bagi penerbangan Timur-Barat. Aku beli minyak wangi Arab (Oud dan Misk), buah kurma, kopi Arab dan kacang2. Barang lain nampaknya tiada yang lebih murah dari Malaysia. Laluan kami ke Tomsk ialah KL-Dubai-Moscow-Tomsk agak jauh (16 jam terbang). Khabarnya jika ikut Beijing boleh jimat 8 jam.

Sunday, March 6, 2011

Token Bikezooka race

Keputusan akhir
Keputusan awal

Perlumbaan bersiri Token Bikezooka. Ini siri pertama 2011 diadakan di RRI, Sg Buluh. 4 pusingan = 28km. Aku buat dalam masa 2.5 jam. Kira-kira 1 pusingan di belakang Zamani. Beberapa minit di depan Cik Da (off road lady). Dapat potong Cik Da di pusingan ketiga. Katanya kaki dah kejang.



Sabtu kayuh bersama Zamani Bangi-Bukit Hantu. Sesak dada nak mengejar Zamani. Jalan rata 36km/jam.