Sunday, February 27, 2011

Saturday, February 26, 2011

Indahnya ciptaan Ilahi 2


Gambar diambil oleh Omar (OMP) sekitar tasik Presint 6.

Sunday, February 20, 2011

SP ride - Ladang Bangi



Agak meriah pagi ni kayuh bersama kumpulan Sri Putera di ladang Bangi. Lebih 30 pengayuh menyertainya - gabungan pengayuh lama dan baru.

Tuesday, February 15, 2011

Makhluk seni..

Lalat, kerengge
Labah-labah jika dipandang sekali imbas nampak hitam saja, tetapi bila dibesarkan nampak warna-warninya.
Begitu juga binatang kecil ini
dan ini juga....patung2 atau nyamuk??
Yang ini pulak memang hodoh dan jahat, habis semua daun kari aku dirosakannya, bukan kata makan sehelai tapi tamak, bila dihinggapnya habis hitam layu daun kari.
Ini sejenis lagi ulat kari. Tak tau macam mana nak hapuskannya.
Berkilau juga kulitnya terkena pancaran 'flash'. Semua ini mahkluk sekitar rumah yang kita tidak begitu sedar kehadirannya. Cantik juga alam seni ini.

Sunday, February 13, 2011

HOA-Genting Sempah


Setelah lebih 2 tahun, baru hari ini berpeluang kayuh semula dari Hospital Orang Asli, Gombak ke Genting Sempah. Cuaca cukup nyaman pagi ini selepas hujan lebat semalam. Ramai juga yang berkayuh di sini. Semuanya orang baru. Kayuhan di sini seumpama meregang seluruh urat saraf. Semasa mendaki akan terasa kesakitan pada urat pinggang dan paha. Tetapi rasa kelegaan selepasnya.


Friday, February 11, 2011

Indahnya ciptaan Ilahi





Di atas ialah pemandangan sekitar rumah dan pejabat ku yang kebetulan berada di tepi hutan. Tepi rumah boleh melihat haiwan kecil, semut, serangga, belalang, ikan, kucing. Di pejabat banyak ayam hutan dan berbagai spesis burung. Sarang tempua pun ada. Rupanya tempua akan meninggalkan sarang lama dan membuat yang baru.

Awal minggu ini aku asyik demam. Ada orang kata demam secupak. Walaupun demam tapi masih berselera makan. Iaitu demam selsema. Mungkin cuaca yang sekejap hujan sekejap panas. Yang herannya demam ini hilang bila aku aktif, berpeluh. Ubatnya mudah, minum sup ketam, insyaAllah baik. Ketam mungkin mengandungi banyak bakteria yang boleh melawan virus selsema. Khabarnya ia mujarab juga untuk pesakit denggi.

Wednesday, February 2, 2011

Bermain wau

Main wau adalah antara permainan utama di musim panas selepas musim menuai. Setiap tahun akan ada pertandingan wau di Kelantan. Kadang-kadang kita membiarkan wau terus melayang di awan tinggi dari petang hingga pagi. Jika tak bernasib baik wau jatuh dan tersangkut di pokok.
Sekarang nak main wau pun agak susah, tidak ada padang. Antara tempat yang berdekatan rumahku ialah di Putrajaya (Presint 2 dan 4) dan Dataran Nilai. Tempat agak luas dan berangin.
Ini ialah 'stunt kite' dikawal dengan 2 tangan. Boleh di pusing mengikut kemahiran pemain. Wau moden tidak lagi menggunakan kertas dan buluh tapi menggunakan gentian karbon dan kain payung terjun yang ringan dan mudah diseimbangkan.