Monday, January 31, 2011

LTdL Melaka-Nilai

No. 1
No. 2
No. 3

Kelompok utama.

Sunday, January 30, 2011

LTdL Kuala Pilah-Jasin

Kumpulan pertama tiba di Selandar.
Diikuti pelaton utama. Kesihan mereka terpaksa berkayuh dalam hujan lebat dan jalan licin. Banyak kereta terbabas di lebuhraya semasa aku pulang ke Bangi dari Simpang Ampat. Polis, marshal dan media bermotor kelihatan kesejukan.

Saturday, January 29, 2011

LTdL Banting-Tampin

Pagi ini kayuh solo ke Bagan Lalang, jumpa kumpulan pelapis MSN buat latihan ikut mereka menumpang angin hingga ke Bagan Lalang. Mereka berpatah balik kerana cukup 70km. Jadi nya pergi-balik mereka buat 140km dari Bukit Jalil ke Bagan Lalang. Seronok dapat tumpang angin, hampir tercicir di bukit de Palma. Kebetulan lampu isyarat kat simpang merah jadi mereka terpaksa berhenti, dapatlah aku masuk pelaton. Semuanya muda-muda sedang tunggu SPM, buat latihan dapatlah duit poket RM300 sebulan.
Aku meneruskan kayuhan solo ke Morib seterusnya tiba di Banting 1045. Tunggu tengok LTdL di tanda zero km dan sempatlah ambil beberapa gambar menggunakan Olympus u Tough.
Pasukan pelapis MSN. Laju juga dia orang tarik kekal kelajuan lebih 35km/jam.
Paya bakau di pantai Kg Batu Laut. Tak tau kenapa semuanya mati
Peserta LTdL mula memecut dari kedudukan 0km.

Friday, January 28, 2011

LtdL Rawang-Putrajaya




Rawang-Putrajaya. Anuar Manan dapat no. 2.
Tahniah Anuar
Anuar kelihatan agak penat sebaik menamatkan perlumbaan.

Thursday, January 27, 2011

Tan Sri kayuh


Aku gembira melihat muka depan surat khabar Utusan hari ini. Gambar Tan Sri Samsudin berkayuh untuk menghadiri mesyuarat. Bila aku berkayuh ke ofis pada peringkat awal dulu, ramai rakan ofis memberi komen negatif. Bahaya, berhabuk, tak sesuai Malaysia panas bukan seperti England, sejuk. Aku akui memang bahaya sebab pemandu Malaysia cukup gelojoh dan tergesa serta tidak menghurmati yang lemah (pengayuh, pejalan kaki). Bila orang besar bagi contoh tauladan begini kesannya besar kepada masyarakat. Diharap rakyat berfikiran lebih matang dan bijak, sukakan hijau, kebersihan alam sekitar dan bersenam. Skrin besar depan UKM pun memaparkan iklan belajar berkayuh. Sesuatu yang positif tentang basikal. Biarlah berbasikal menjadi budaya oarang kita. Panas, hujan sebenarnya tidak menghalang untuk berbasikal. Sistem imunisasi bertambah baik - terkena hujan tidak akan menyebabkan demam bagi yang biasa berbasikal.

Sunday, January 23, 2011

Senaman Cuti Thaipusam

Sejak hari Thaipusam (khamis) aku tidak banyak berkayuh. Kebanyakannya joging atau jalan kaki. Khamis jalan sekitar tasik presint 6 dan renang, jumaat badminton dan kayuh balik ofis, sabtu jalan dan renang. Ahad jalan mendaki Nuang.
Pokok ara dan pokok tumpang
Jeram di kaki Nuang.



Wednesday, January 19, 2011

Joging Cherating

Pantai yang cantik, landai dengan pasir halus yang bersih
Pandangan waktu subuh yang tenang
Hakisan pantai yang serius.

Sunday, January 16, 2011

Ride4GAZA

Sepatutnya pagi ini aku berkayuh bersama kumpulan Maplay di Letua 100 di Bukit Jelutong, tapi keadaan fizikal yang kurang sihat (demam malam) menyebabkan aku terpaksa batalkan hasrat tersebut. Maaf kepada Maplay terutama Sifu Zairi dan Pak Brahim. Bukan tak nak ikut, tapi kesihatan tidak mengizinkan. Bagaimanapun walau demam aku tak suka nak tidur banyak, malam tadi dah tidur panjang sejak maghrib. Dalam keadaan badan masih seram sejuk aku gagahi juga kayuh ke Putrajaya untuk menyertai kayuhan ringan (15km) bersama Ride4Gaza, kayuh sambil menderma.




Sunday, January 9, 2011

Bukit Jelutong

Pavilion Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam (gambar ehsan Yazid).
Lebuh raya Guthrie (gambar ehsan Yazid)Selesa berkayuh pada jalan rata (gambar ehsan Yazid)
Belakang Naga (Dragon back) ialah antara cabaran kayuhan Bukit Jelutong (gambar ehsan Yazid)
Kayuh bersama kumpulan Maplay di Bukit Jelutong. Mula kayuh dalam kumpulan 8 orang dari Pavilion Sime Darby jam 0758. Lepas kayuh makan di Restoran Al-Ihsan.