Tuesday, September 21, 2010

Aksesori basikal

Sabtu lalu, rakan kayuh Ridwan Abu Jais telah menghadiahkan kepada aku sepasang ole-ole dari Bandung, iaitu pengikat kaki seluar. Katanya ia adalah produk rakannya di Bandung. Kebetulan aku sedang mencarinya, terima kasih banyak-banyak pak ridwan. Ianya cukup berguna buat ku semasa berkayuh ke pejabat. Hari ini aku mula memakainya, selesa dan nampak kemas.
Inilah dia barangnya yang dibawa dari Bandung siap dengan pemantul cahaya, mudah memakai dan membukanya, tak perlu buka kasut.Sebelum ini aku menggunakan getah urat (gelang) untuk mengikat kaki seluar panjang semasa kayuh ke pejabat. Susah sikit memakai/membukanya (kena buka kasut terlebih dahulu), tak kemas dan kadang-kadang terputus.

Thursday, September 9, 2010

Salam Idulfitri maaf zahir dan bathin

1 Syawwal 1431 hijrah

Allahu akbarullahu akbar, laa ilaha illahu wallahu akbar, Allahu akbaru walillahil hamdu. Allah maha besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah maha besar dan segala puji bagiNya.

Taqabbalallahu minna waminkum. Allah makbulkan doa kami dan doa anda semua.
Raya ke 2, Yi adik bungsu telah selamat mengikut tali pertunangan dengan gadis pilihannya Yana dari Bukit Payung, Jertih.
Semasa beraya di kampung, aku sempat joging pada pagi raya ke 2 dan ke 3.
Raya ke 5 kayuh basikal gunung ke Putrajaya melalui Sg Merab, Presint Diplomatik, Bangunan Intan, Kg Limau Manis, Teras Jernang. 38km = 2 jam 30 min.
Bangunan Intan, Suruhanjaya Tenaga.

9 syawwal kayuh bersama Ridwan ke Taman Alam Rimba Presint 15. UKM-Sg Merab-Bakar Baginda-Taman Alam Rimba-Limau Manis-Teras Jernang-West Country= 46km= 4 jam 10min.