Tuesday, June 26, 2007

Joging di Johor Baru

Isnin 25/6/07 - Jika berada di JB, bolehlah singgah untuk berjoging di Kebun Bunga bersebelahan Zoo JB dan berhadapan JB waterfornt. Ramai orang berjoging di sini. Cuma nak letak kereta saya kurang pasti. Saya meletak kereta di sebelah Zoo untuk mengelak kesesakan.

Sunday, June 24, 2007

HOA-Goh Tong Jaya

Ibrahim Hasan (kanan) dan Faizal (kiri) bergaya dengan basikal masing-masing. 100+ botol besar kongsi 3 orang.


Ahad 24/6/07 - Aku, Ibrahim dan Faizal berkayuh dari hospital orang asli, genting sempah dan goh tong jaya sejauh 50km pergi-balik. Aku kayuh pelan-pelan saja ambil masa 2 jam untuk sampai ke Goh Tong Jaya. Cuaca kat Goh Tong Jaya redup dan agak sejuk hari ini. Kami berehat dan minum kat restoran genting sebelah hotel sri malaysia. InsyaAllah lain kali kami mahu kayuh dari Genting Sempah ke Puncak Genting pula (jarak lebih kurang 17km). Terasa kepuasan bila berkayuh mendaki bukit, walaupun perlahan tetapi degupan jantung cukup tinggi. Saya akan cuba kekalkan sekitar 150 dan ke bawah. Orang tua-tua kena macam tu je lah.

Mesyuarat KOBANGI

Sabtu 23/6/07 - Aku hanya buat senaman pendek hari ini sebab pukul 1000 ada mesyuarat agung KOBANGI (Koperasi penduduk bandar baru bangi) yang ke 11. Aku berlari dan berjalan bersama isteri di trek stadium bangi sebanyak 16 pusingan (16x0.4 = 6.4km). Lama dah tak pi mesyuarat agung ni. Pengerusinya Dato' Dr. Mohd Nor. Tak ramai ahli hanya 222 orang saja. Sesiapa yang berminat bolehlah jadi ahli. Bayaran minimum RM100. Sekarang ini ada projek 2, iaitu membeli rumah kedai di bandar baru bangi dan menyewakan. Satu syer berharga RM1000. Dividen insyaAllah 10%.


Monday, June 18, 2007

Raptai Triathlon Port Dickson


Laporan akhbar Utusan

Ahad 17/6/07 - Penganjur Triathlon Malaysia menjemput semua peminat sukan ini untuk menyertai raptai ini secara percuma. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk berenang di laut sambil diawasi penganjur. Terima kasih diucapkan. Aku hanya buat dua acara iaitu berenang sejauh 1.5km dan berbasikal 40km. Kali ini kami berenang bermula di luar kawasan jeti Marina dan memasuki jeti dan keluar balik. Semasa berenang di laut terbuka ombak agak kuat dan agak susah untuk berenang dan hampir tertelan air masin pada peringkat permulaan. Walaupun ianya hanya raptai tapi mendapat liputan TV3, NTV7 dan Utusan.




Taklimat oleh pihak penganjur sebelum memulakan renangan.

Saturday, June 16, 2007

Bawa keluar segala yang dibawa masuk

Sabtu 16/6/07 - Pagi ini aku dan isteri mendaki gunung Angsi yang terletak di Bukit Putus, Negeri 9. Tak ramai orang ke sana, kami jumpa 2 orang lelaki Melayu dan 7 orang lelaki Cina. Khabarnya Ahad baru ramai pengunjung. Berbanding dengan Nuang, Angsi nampaknya lebih bersih.
Notis yang menyuruh pengunjung membawa keluar segala yang dibawa masuk. Harap pengunjung dapat mematuhi arahan ini agar semua gunung kita kekal bersih dan seronok untuk dikunjungi.
Kami mula/tamatkan pendakian sekitar puncak Bukit Putus. Khabarnya pendakian boleh juga dimulakan dari Ulu Bendul tapi jauh sedikit.

Profail yang diberikan oleh GPS menunjukkan ketinggian puncak Angsi ialah 835m. Pendakian agak tegak di permulaan, kemudian rata dan sedikit pendakian lagi sebelum sampai puncak. Kami ambil masa 2 jam 20 minit untuk mendaki dan 2 jam untuk menurun. Sakit jugalah lutut dan pinggang masa menurun. Jumlah jarak perjalanan naik-turun ialah 9 km.

Puncak Angsi yang nyaman dan sunyi dari kebisingan kenderaan.

Kabus yang menarik tetapi mengurungkan pemandangan dan rasa nak cepat balik saja.

Bunga apa entah.

Pokok merayap

Jejak laluan yang selesa.

Sunday, June 10, 2007

Pinggiran Putrajaya

Sabtu 9/6/07 - Aku dan anak kayuh basikal gunung dari rumah ke pinggiran putrajaya melalui UKM, Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Tasik Idaman, Pinggiran Putrajaya, Putrajaya, Sg Merab, Teras Jernang dan Bandar Baru Bangi. Jarak laluan 38km. Laluan ialah jalan raya bertar dan jalan tanah merah. Ada satu bukit curam yang memaksa aku turun dan tolak basikal. Tidak begitu teknikal dan sesuai untuk kebanyakan orang.

Sunday, June 3, 2007

Aktiviti Riadah




Berikut ialah rancangan aktiviti riadah harian ku.

Isnin-Berenang/Berbasikal ke pejabat
Selasa-Rehat
Rabu - Puasa/Berbasikal ke pejabat
Khamis - Berenang/ Berbasikal ke pejabat
Jumaat - Berenang/ Berbasikal ke pejabat
Sabtu - Mendaki gunung/Berlari/Basikal Gunung
Ahad - Basikal jalan/potong rumput/kemas laman rumah

Nampaknya amalan aku ni seolah-olah bermain saja setiap hari. Bukan begitu, riadah ku hanya mengambil masa 1/2 - 1 jam sahaja kecuali hari minggu ianya kadang-kadang sehingga 4-5 jam. Aku tak ada kebun untuk ditebas atau bercucuk tanam. Hartaku hanya sebuah rumah teres 2 tingkat, sebuah kereta, sebuah motosikal dan beberapa buah basikal - 1 basikal ke pasar (basikal terpakai dari Jepun), 3 basikal gunung, 2 basikal jalan, 1 basikal BMX dan 1 basikal kanak-kanak. Aku beriadah bukan untuk masuk lumba, cuma sekadar untuk menjaga kesihatan jasmani.

Aqiqah

Ahad 3/6/07 - Minggu ini aku tak dapat kayuh basikal, kena balik kampung untuk majlis aqiqah. Sekarang ini musim cuti sekolah dan ramai yang mengambil peluang untuk buat bermacam-macam kenduri, kenduri kahwin, aqiqah, solat hajat dan sebagainya. Di Kelantan suasana cuti sekolah agak meriah, jalan-jalan sibuk, khabarnya di Kota Baru jalan-jalan semuanya sesak dengan kenderaan. Ramai yang mampu beli kereta. Penoreh pun pergi menoreh dengan proton Saga.

Di Kelantan, kenduri aqiqah dimulakan dengan program mencukur jambul, bacaan selawat, doa dan tahlil dan seterusnya makan gulai kambing. Gulai kambing di Kelantan sedap kerana adanya buah Ara yang dimasukkan dalam gulai kari kambing. Sekarang buah Ara masih ada. Kali ini kami impot dari Gua Musang. Pokok ini biasanya tumbuh kat tepi sungai.
Dua ekor kambing jantan yang cukup umur dilapah untuk tujuan kenduri aqiqah. Antara teknik melapah yang saya pelajari kali ini ialah menggunakan pam basikal bagi memudahkan penanggalan kulit.

Semasa balik kampung aku sempat berehat di tepi Jeram Besu (tak jauh dari Kuala Lipis) bagi menghilang mengantuk.

Kali ini aku balik kampung dengan motosikal, Naza Blade 250cc. Gambar atas ni ialah pemandangan di Bukit 7. Aku berehat seketika dan buat regangan bagi menghilangkan mengantuk. Kopi jantan dikatakan baik untuk menghilang. Aku telah cuba dan ianya nampak berkesan.